SEPANG 11 Dis. – Kerajaan tidak mempunyai masalah untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) jika ia dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan dan digubal menepati aspirasi nasional. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, dalam satu kenyataan berkata selagi UEC tidak menepati ciri berkenaan, maka ia tidak boleh disetarakan dengan kelayakan nasional. Katanya jika ada rakyat Malaysia yang tidak meyakini misi pendidikan nasional itu, mereka mempunyai pilihan untuk belajar dalam sistem UEC dan tiada siapa akan menghalang. “Tetapi janganlah kerajaan dipaksa untuk mengiktiraf dan menyamaratakan kelayakan tersebut kerana ia tidak digubal untuk memupuk identiti…
Read MoreDay: December 11, 2025
Wakil tunggal Pas sokong Hajiji
KUANTAN 11 Dis. – Pas mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Dr Aliakbar Gulasan, memberikan sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor. Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengumumkan demikian berkata, keputusan itu dibuat melalui perbincangan, perundingan dan maklum balas Presiden Pas Abdul Hadi Awang serta pada mesyuarat PN sebelum ini. Keputusan itu bertentangan dengan kenyataan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bahawa ADUN Karambunai tidak akan menyertai kerajaan Sabah “Tiada isu kerana kerusi DUN Karambunai dimenangi Pas,” kata Tuan Ibrahim ketika…
Read MorePemuda negeri, bahagian tolak iktiraf UEC
SEPANG 11 Dis. – Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) susulan kenyataan Naib Ketua Pemuda DAP (DAPSY) yang mengecam Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berhubung isu tersebut. Ketua Penerangan, Nasrun Nasaruddin berkata, Pemuda UMNO sebagai benteng mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air akan terus mempertahankan agar pengiktirafan itu tidak dilaksanakan. Katanya, UEC yang dilaksanakan sekolah menengah persendirian Cina merupakan sistem alternatif yang tidak selari dengan prinsip pendidikan kebangsaan berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan kurikulum nasional. “Berdekad, sistem pendidikan kebangsaan mewajibkan penggunaan…
Read MoreBN, Pas pernah beri komitmen iktiraf UEC
SEPANG 11 Dis. – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengecam kenyataan pemimpin Pemuda UMNO dan Pas yang senada dalam menafikan segala usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sedangkan ia bukannya perkara baharu. Naib Ketua DAPSY Kebangsaan S. Liinesh dalam kenyataannya berkata,isu pengiktirafan UEC bukan agenda baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan, malahan bukan janji Pakatan Harapan (PH) semata-mata. “Hakikatnya, agenda pengiktirafan UEC pernah termaktub dalam manifesto rasmi Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan oleh mantan Pengerusi BN ketika itu, iaitu Najib Razak dan juga dalam manifesto Buku Jingga yang merangkumi Pas…
Read MoreETS3 KL-JB ditambah dua trip lagi Januari 2026
JOHOR BAHRU 11 Dis. – Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur akan ditambah dua trip perjalanan lagi bermula Januari ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata perkhidmatan yang bermula esok itu menawarkan dua trip pergi dan balik dalam tempoh beberapa minggu ini. “Dua trip perjalanan baharu yang akan menjadikan semuanya empat trip perjalanan sehari. Oleh itu, kita berharap perkhidmatan ini akan menjadi optimum menjelang Februari ataupun Mac. Trip perjalanan baharu ini sempat untuk musim Tahun Baharu China dan Hari…
Read More14 ketua Bersatu Perak sokong Muhyiddin
IPOH 11 Dis. – Sebanyak 14 ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak tampil menjelaskan mereka tidak terlibat dengan desakan agar Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan presiden semalam. Dalam satu kenyataan bersama, Ketua-ketua Bahagian Bersatu negeri menjelaskan! desakan itu yang dikatakan mewakili 14 bahagian Bersatu itu tidak mewakili pendirian rasmi kepimpinan parti negeri. Semakan kehadiran juga mendapati, hanya sembilan ketua bahagian terlibat dalam sidang media diketuai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Zainol Fadzi Paharudin manakala selebihnya bukan pemegang jawatan ketua bahagian. “Oleh yang demikian, kehadiran mereka adalah atas…
Read MoreFahami dahulu Dasar Pendidikan Kebangsaan
SEPANG 11 Dis. – Pemuda UMNO mengingatkan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming supaya memahami terlebih dahulu Dasar Pendidikan Kebangsaan sebelum meminta kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, tiada keperluan untuk kerajaan mempertimbangkan perkara itu apabila UEC tidak menepati aspek penting dalam dasar berkenaan. Katanya, sebagai seorang menteri Kabinet, Kor Ming seharusnya lebih mengetahui dan memahami intipati dasar negara itu. “Dasar Pendidikan Negara ini ada tiga, iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, mesti menggunakan kurikulum yang sama berorientasikan negara dan…
Read MoreBerita pilihan…
UNESCO iktiraf masakan Itali
ROM – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), mengiktiraf masakan Itali sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara, menjadikannya gaya masakan kebangsaan pertama di dunia menerima pengiktirafan berprestij itu secara menyeluruh. Pengumuman itu dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa Antara Kerajaan UNESCO di New Delhi pada Rabu, selepas kempen selama tiga tahun oleh kerajaan Itali dan komuniti gastronomi negara tersebut. Perdana Menteri Giorgia Meloni dalam satu kenyataan rasmi berkata, bagi rakyat Itali, masakan bukan sekadar makanan atau koleksi resipi sebaliknya adalah budaya, tradisi, pekerjaan dan kekayaan. “UNESCO menyifatkan masakan Itali sebagai…
Read MoreLarangan guna media sosial disambut baik
SYDNEY – Larangan kanak-kanak bawah umur 16 tahun menggunakan media sosial, disambut baik oleh ibu bapa dan pihak advokasi kanak-kanak, tetapi dikritik oleh syarikat teknologi utama dan peguam hak kebebasan bersuara. Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, berkata pelaksanaan undang-undang itu dilihat sebagai perkara membanggakan bagi keluarga, membuktikan pembuat dasar mampu membendung keburukan dalam talian yang melebihi langkah keselamatan tradisional. “Langkah itu akan memberi perbezaan besar. Ia adalah satu perubahan sosial dan budaya paling ketara yang pernah dilalui negara kita. Ini satu reformasi mendalam yang akan terus memberi impak di seluruh…
Read More