Tidak perlu iktiraf selagi tiada aspirasi

SEPANG 11 Dis.  – Kerajaan tidak mempunyai masalah untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) jika ia dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan dan digubal menepati aspirasi nasional.

Timbalan Presiden UMNO,  Mohamad Hasan, dalam satu kenyataan berkata selagi UEC tidak menepati ciri berkenaan, maka ia tidak boleh disetarakan dengan kelayakan nasional.

Katanya jika ada rakyat Malaysia yang tidak meyakini misi pendidikan nasional itu, mereka mempunyai pilihan untuk belajar dalam sistem UEC dan tiada siapa akan menghalang.

“Tetapi janganlah kerajaan dipaksa untuk mengiktiraf dan menyamaratakan kelayakan tersebut kerana ia tidak digubal untuk memupuk identiti dan keunikan sistem pendidikan nasional.

Selagi tiada usaha mereformasi sistem UEC agar diharmonikan dengan aspirasi nasional, maka ia akan kekal sebagai sistem yang tidak setara dengan sistem pendidikan kebangsaan dan tidak perlu untuk diiktiraf dengan selayaknya,” katanya.

Beliau juga mengingatkan pendidikan tidak dipolitikkan kerana ia adalah satu-satunya arena untuk anak-anak kita, dari pelbagai bangsa, belajar bekerjasama antara satu sama lain dalam semangat yang muhibbah.

“Tetapi jika ada rakyat Malaysia yang tidak meyakini misi pendidikan nasional itu, maka mereka mempunyai pilihan untuk belajar dalam sistem UEC yang tiada siapa akan menghalang,” katanya.

Bagi tujuan kemasukan ke universiti, ia tidak menjadi masalah. Ia di terima di kebanyakan universiti di Malaysia dan diluar negara.

Mohamad menjelaskan, sebagai sebuah negara berdaulat, sistem pendidikan mesti dibina selaras aspirasi nasional, disandarkan pada misi, nilai, kepentingan dan cita-cita nasional dan dilaksanakan dalam bahasa ibunda bagi memperkukuh identiti kebangsaan.

“Namun bagi meraikan kepelbagaian dan meraikan kepentingan kaum berlainan, Kerajaan tidak pernah menghalang UEC dilaksanakan, dan sejak 1975 dilaksanakan oleh Dong Zong tanpa menghadapi apa jua masalah pelaksanaan.

Yang menjadi isu ialah pengiktirafan kelayakan tersebut,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment