KUALA LUMPUR 4 Dis. – Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, sedia dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, susulan dakwaannya yang mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan peristiwa Memali.
Takiyuddin (PN-Kota Bharu) menuntut satu prosiding yang adil dan diberikan hak bersuara untuk mempertahankan diri terhadap dakwaan yang dibuat sebelum ini dengan merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
memohon usul penggantungannya selama enam bulan dipinda dengan merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
“Kalau sekiranya menteri boleh meminda usul ini dan merujuk saya kepada jawatankuasa. Saya masih lagi seorang ketua whip dan saya akan arahkan rakan untuk terima jadi tidak perlu buat (undi) belah bahagi.
Berikan saya prosiding yang adil, berikan saya hak untuk bersuara dan hak untuk mempertahankan diri sendiri,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Takiyuddin membahaskan usul dibawa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr Shamsul Anuar Nasarah, bagi menggantung beliau selama enam bulan susulan dakwaannya bahawa latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) disamakan dengan peristiwa Memali.
Terdahulu Dewan Rakyat kecoh selepas beberapa wakil pembangkang membantah usul dibawa menteri bagi menggantung Takiyuddin selama enam bulan.
Sebelum usul itu dibawa, beberapa Ahli Parlimen PN bangkit termasuk Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin berikutan tidak bersetuju terhadap tindakan terbabit yang didakwa tidak mengikut peraturan mesyuarat.
Selain Hamzah, dua lagi Ahli Parlimen pembangkang, Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) turut mempertikaikan peraturan mesyuarat mana yang membolehkan tindakan usul dibawa menteri itu.
Ronald turut mempersoalkan sebab Takiyuddin tidak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terlebih dahulu, sebelum usul terbabit dibentangkan.
Sementara Zulkifly pula berkata kerajaan tidak boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 27(3) untuk menghukum Ahli Parlimen pembangkang.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul kemudiannya membenarkan usul itu dibentangkan Shamsul Anuar.
Usul dibawa Timbalan Menteri Dalam Negeri susulan kenyataan Takiyuddin berhubung satu kejadian yang membabitkan Maritim Malaysia di Masjid Rusila di Marang, Terengganu yang dikaitkan dengan peristiwa Memali di Baling, Kedah pada 1985.
Melalui maklumat cadangan usul dikongsi itu, Takiyuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk dan Ahli Parlimen Marang masing-masing pada 6 Oktober dan 13 Oktober lalu melalui pemakluman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai pengetahuan bahawa kejadian terbabit adalah pelaksanaan Latihan Pelarian dan Pelolosan Kursus Asas Komando STAR Team oleh Maritim Malaysia.
Nnnn
