KUALA LUMPUR 4 Dis. – Usul untuk menggantung Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ditangguhkan dan dibawa ke sesi (sidang Dewan Rakyat) akan datang. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika menggulung usul berkenaan di Dewan Rakyat hari ini berkata, pihaknya memahami hujah daripada semua Ahli Parlimen dan menimbang hujah-hujah yang diberikan. “… kita memahami selepas kita dengar hujah daripada semua (Ahli Parlimen) dan menimbang hujah-hujah diberikan, yang diutarakan… maka kita bagi pihak kerajaan mohon usul ini ditangguhkan dan dibawa ke sesi akan…
Read MoreDay: December 4, 2025
Rujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, sedia dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, susulan dakwaannya yang mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan peristiwa Memali. Takiyuddin (PN-Kota Bharu) menuntut satu prosiding yang adil dan diberikan hak bersuara untuk mempertahankan diri terhadap dakwaan yang dibuat sebelum ini dengan merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. memohon usul penggantungannya selama enam bulan dipinda dengan merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. “Kalau sekiranya menteri boleh meminda usul ini dan merujuk saya kepada jawatankuasa.…
Read MoreGrabAssist sokong keperluan OKU
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Grab Malaysia melancarkan GrabAssist, perkhidmatan khusus bagi menyokong keperluan mobiliti orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pengguna alat bantuan mobiliti peribadi. Beroperasi di Lembah Klang, GrabAssist memberi pilihan pengangkutan lebih mudah diakses terutama untuk perjalanan antara rumah, pusat jagaan atau hospital. Perkhidmatan itu dilancarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri pada pembukaan Persidangan ASEAN Disability Forum 2025 sempena sambutan Hari OKU Sedunia. Pengarah Operasi Negara & Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Shukor, berkata inisiatif itu direka sebagai penyelesaian mobiliti bagi segmen yang kurang…
Read MoreAlbert Tie didakwa beri suapan RM176,829.03
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Ahli perniagaan, Albert Tei didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap empat tuduhan memberi suapan bernilai RM176,829.03 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Suapan melibatkan wang tunai RM140,000 dan kelengkapan perabot termasuk barangan elektrik bernilai RM36,829 adalah berhubung kelulusan bagi mendapatkan lesen penerokaan mineral di Sabah. Albert Tei atau nama sebenarnya, Tei Jiann Cheing, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di atas kesemua tuduhan berkenaan yang didakwa dilakukan pada tahun 2023 dan 2024. “Faham,…
Read MoreShamsul Iskandar hadapi 4 tuduhan
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas empat tuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 berhubung kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. Shamsul, 51, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini membuat pengakuan itu selepas keempat-empat tuduhan berkenaan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Suzana Hussin. Dia yang memakai baju batik warna cerah dan berseluar hitam kelihatan tenang ketika prosiding dan hanya menjawab “Faham puan, tidak mengaku bersalah, mohon bicara”. Bagi tuduhan pertama, Shamsul Iskandar sebagai…
Read MoreBerita pilihan…
Israel sekat kemasukan trak bantuan
GAZA – Hampir 6,000 trak bantuan yang membawa makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas masih ditahan di sempadan berikutan tindakan Israel terus menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) jumlah itu cukup untuk menyokong penduduk Gaza selama tiga bulan. Di bawah perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada Oktober lalu, Israel sepatutnya membenarkan 600 trak bantuan memasuki Gaza setiap hari. Namun, menurut pegawai media kerajaan Gaza, hanya sekitar 200 trak dibenarkan masuk, kurang satu pertiga daripada jumlah yang dijanjikan. Dalam…
Read MorePermohonan suaka ditahan sementara
WASHINGTON – Semua permohonan suaka yang belum diputuskan serta semua permohonan manfaat imigresen yang dikemukakan oleh warga 19 negara “berisiko tinggi” ditahan sehingga semakan menyeluruh dijalankan. Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen Amerika Syarikat (USCIS) dalam memorandum mengarahkan pegawai agensi “menahan semua Borang I-589 (Permohonan Suaka dan Penangguhan Pengusiran), tanpa mengira negara asal pemohon. Ia turut mengarahkan pegawai supaya “menahan semua permohonan manfaat yang belum diputuskan bagi warga negara yang tersenarai dalam Proklamasi Presiden 10949… sementara semakan menyeluruh dijalankan, tanpa mengira tarikh kemasukan.” Memorandum itu juga mengarahkan “semakan semula menyeluruh terhadap permohonan…
Read More