KUALA LUMPUR 5 Mei – Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan (PH) mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ketetapan tersebut dibuat pada mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di antara UMNO dan PH yang dipengerusikan bersama oleh Anwar Ibrahim dan Dr Ahmad Zahid Hamidi. Mesyuarat selama kira-kira sejam itu berlangsung petang ini di Seri Perdana Putrajaya susulan krisis kepemimpinan selepas 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kerajaan…
Read MoreDay: May 5, 2026
“Mat, buktikan bahawa kuasa tidak membunuh hati rakyat”
QUATATION “Selepas duduk dalam pejabat berhawa dingin dan memegang fail kementerian, apakah saudara masih ingat panas matahari di atas batas sawah? Apakah saudara masih mendengar suara pesawah yang menanam makanan negara tetapi hidup mereka sendiri semakin sempit?” Warkah Ibrahim Ali buat Mat Sabu 1. Pada 3 Mei 2026 pukul 9 pagi, saya hadir di Himpunan Aman Pesawah di Kampung Stol, Pokok Sena Kedah. Saya bertolak pada pukul 11 malam dari KL dan tiba pukul 6.15 pagi di Hentian Rawat & Rehat (R&R) Gurun. Kami berempat Shahrul, Halim dan Najib. Mandi…
Read MoreKT051 kandas di Muscat dijadualkan semula
SEPANG 5 Mei – Penerbangan KT051 (MH8110) yang terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman pada pukul 4.11 petang semalam dijadualkan akan berlepas ke Jeddah pada 6 Mei pukul 3 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Lembaga Tabung Haji (TH), 278 jemaah akan dibawa menaiki pesawat alternatif dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada pukul 5.10 pagi waktu tempatan hari yang sama. “Semua 278 jemaah haji yang terlibat telah diberikan makanan dan minuman sebelum dibawa ke hotel penginapan untuk berehat sementara menunggu waktu pelepasan,” menurut kenyataan itu.…
Read MoreBerita pilihan…
Tiada rancangan serang UAE
TEHRAN – Tiada sebarang rancangan awal Iran untuk menyerang kemudahan minyak di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), selepas UAE menyalahkan republik Islam itu atas serangan dron di sebuah pemasangan tenaga di Fujairah. Menurut pihak berkuasa UAE, serangan itu mencederakan tiga warga India yang kemudian dibawa ke hospital. UAE turut mendakwa ia menjadi sasaran serangan baharu oleh Iran yang disifatkan sebagai “peningkatan berbahaya”, walaupun gencatan senjata sedang berkuat kuasa dalam perang di Asia Barat. Seorang pegawai tentera Iran memberitahu TV negara itu, Iran tidak mempunyai sebarang rancangan awal untuk menyerang kemudahan minyak…
Read MoreHarga minyak meningkat
NEW YORK – Harga minyak meningkat dengan penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent bagi penghantaran Julai melonjak lebih lima peratus susulan serangan dron mencetuskan kebakaran di loji tenaga di Fujairah Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Niaga hadapan Brent naik AS$5.75, atau 5.3 peratus kepada AS$113.92 setong pada pukul 12:03 tengah hari EDT (1603 GMT), manakala minyak mentah penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI), meningkat AS$3.54, atau 3.5 peratus kepada AS$105.48 setong. Kementerian Pertahanan UAE kemudian memaklumkan serangan dron dan peluru berpandu Iran menyasarkan fasiliti loji negaranya. Sebelum itu, Tentera Laut…
Read More