KT051 kandas di Muscat dijadualkan semula

SEPANG 5 Mei  – Penerbangan KT051 (MH8110) yang terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman pada pukul 4.11 petang semalam dijadualkan akan berlepas ke Jeddah pada 6 Mei pukul 3 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Lembaga Tabung Haji (TH), 278 jemaah akan dibawa menaiki pesawat alternatif dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada pukul 5.10 pagi waktu tempatan hari yang sama.

“Semua 278 jemaah haji yang terlibat telah diberikan makanan dan minuman sebelum dibawa ke hotel penginapan untuk berehat sementara menunggu waktu pelepasan,” menurut kenyataan itu.

Petugas daripada AMAL by Malaysian Airlines telah ditugaskan untuk berada di lapangan terbang berkenaan segera bagi memantau keadaan semasa dan memastikan kebajikan jemaah terjaga.

Semalam, penerbangan terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman, sebagai langkah berjaga-jaga susulan pesawat itu mengalami isu teknikal.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment