Usul gantung Takiyuddin ditangguh

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Usul untuk menggantung  Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ditangguhkan dan dibawa ke sesi (sidang Dewan Rakyat) akan datang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika menggulung usul berkenaan di Dewan Rakyat hari ini berkata, pihaknya memahami  hujah daripada semua Ahli Parlimen dan menimbang hujah-hujah yang diberikan.

“… kita memahami selepas kita dengar hujah daripada semua (Ahli Parlimen) dan menimbang hujah-hujah diberikan, yang diutarakan… maka kita bagi pihak kerajaan mohon usul ini ditangguhkan dan dibawa ke sesi akan datang” katanya.

Perkembangan itu meredakan ‘suhu panas’ ketika sesi pembentangan usul serta perbahasan sebelum itu.

Terdahulu, sesi perbahasan membabitkan masing-masing dua wakil pembangkang dan kerajaan berlangsung dalam situasi kecoh, apabila wakil pembangkang berselang-seli bangkit mencelah sehingga memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat,  Johari Abdul berkali-kali memberi amaran.

Selain Takiyuddin, tiga lagi pembahas membabitkan Hamzah Zainuddin (PN-Larut) yang juga Ketua Pembangkang, serta Suhaizan Kayat (PH-Pulai) dan Syahredzan Johan (PH-Bangi).

Sementara itu,  Johari, memaklumkan beliau akan menyusuli keputusan dibuat, bagi menentukan sama ada perlu atau tidak sesi pengundian dijalankan nanti.

“Baik-baik jangan ada lagi yang negatif. Sekarang (usul) ditangguhkan.

Insya-Allah saya akan dapat apa juga keputusan selepas itu sama ada pengundian diteruskan atau tidak. Tapi isunya (usul berkenaan) ditangguhkan” katanya.

Berdasarkan usul berkenaan, Takiyuddin dicadangkan untuk digantung daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan susulan kenyataannya berhubung satu kejadian yang membabitkan Maritim Malaysia di Masjid Rusila dekat Marang, Terengganu, yang dikaitkan dengan peristiwa Memali di Baling, Kedah pada 1985.

Cadangan penggantungan itu terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat yang disiarkan di laman web Parlimen sejak semalam.

Melalui maklumat dikongsi AUM itu, usul berkenaan menyatakan Takiyuddin dalam ucapannya mengaitkan kejadian di Masjid Rusila dengan Peristiwa Memali pada 1985, serangan terhadap tempat ibadat dan percubaan untuk menakutkan rakyat.

Ucapan Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) didakwa turut memberi imej negatif terhadap anggota dan imej Maritim Malaysia sebagai agensi dalam perkhidmatan awam.

“Bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk dan Ahli Parlimen Marang masing-masing pada 6 Oktober dan 13 Oktober lalu melalui pemakluman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai pengetahuan bahawa kejadian tersebut adalah pelaksanaan Latihan Pelarian dan Pelolosan Kursus Asas Komando STAR Team oleh Maritim Malaysia.

“Kota Bharu (Takiyuddin) walaupun sebelum ucapannya di Dewan Rakyat pada 22 Oktober lalu telah mengetahui mengenai perkara di atas tentang kejadian tersebut merupakan satu pelaksanaan latihan dikendalikan oleh Maritim Malaysia di Masjid Rusila, namun telah membangkitkan mengenainya di dalam Dewan Rakyat pada 22 Oktober lalu dengan tidak memberi gambaran sebenar tujuan kejadian tersebut.

“Ucapan Kota Bharu juga mencalarkan imej Maritim Malaysia, malah anggota Maritim Malaysia yang didakwa terbabit insiden itu mungkin (bersifat) menganiaya disebabkan oleh tuduhan tidak berasas ini,” menurut AUM itu.

Cadangan penggantungan itu terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat yang disiarkan di laman web Parlimen sejak semalam.

Melalui maklumat dikongsi AUM itu, usul berkenaan menyatakan Takiyuddin dalam ucapannya mengaitkan kejadian di Masjid Rusila dengan Peristiwa Memali pada 1985, serangan terhadap tempat ibadat dan percubaan untuk menakutkan rakyat.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment