Harga minyak meningkat

NEW YORK – Harga minyak meningkat dengan penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent bagi penghantaran Julai melonjak lebih lima peratus susulan serangan dron mencetuskan kebakaran di loji tenaga di Fujairah Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Niaga hadapan Brent naik AS$5.75, atau 5.3 peratus kepada AS$113.92 setong pada pukul 12:03 tengah hari EDT (1603 GMT), manakala minyak mentah penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI), meningkat AS$3.54, atau 3.5 peratus kepada AS$105.48 setong.

Kementerian Pertahanan UAE kemudian memaklumkan serangan dron dan peluru berpandu Iran menyasarkan fasiliti loji negaranya.

Sebelum itu, Tentera Laut AS memaklumkan kapal pemusnahnya melalui Selat Hormuz sebagai sebahagian daripada misi baharu melindungi perkapalan yang diumumkan Presiden AS, Donald Trump pada hujung minggu lalu.

Pasukan Tehran bertindak menutup selat yang menjadi laluan utama bagi penghantaran minyak dan gas sebagai tindak balas terhadap serangan ketenteraan AS-Israel yang bermula pada 28 Februari, manakala Washington terus mengekalkan sekatan ke atas pelabuhan Iran.

Indeks saham utama AS mencatat kenaikan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan kedua-dua S&P 500 dan Nasdaq ditutup pada paras rekod Jumaat lalu, dalam lonjakan yang mengejutkan sebahagian pemerhati pasaran meskipun harga minyak meningkat.

Namun, pasaran saham semalam menyaksikan pelabur mengambil langkah berhati-hati.

Nnn

Related posts

Leave a Comment