Amaran ribut tropika 27 – 29 Nov.

PETALING JAYA 27 Nov. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mengeluarkan tiga amaran iaitu Ribut Tropika, Hujan Berterusan, serta Angin Kencang dan Laut Bergelora bermula 27 hingga 29 November 2025.

Ia melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor .

Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip, berkata, Malaysia kini berdepan cuaca tidak menentu selepas Ribut Tropika Senyar dikesan menghampiri perairan negara, sekali gus membawa hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan.

Beliau berkata sistem cuaca itu berada di kedudukan Latitud 3.6° Utara dan Longitud 99.9° Timur, dan bergerak ke arah Tenggara dengan kelajuan sekitar 24 kilometer sejam. Ribut itu berpotensi menghasilkan angin maksimum sehingga 50 kilometer sejam.

Beliau menjelaskan, cuaca dijangka terus merosot dengan amaran hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora yang berkuat kuasa sehingga 29 November.

MET Malaysia akan meneruskan pemantauan rapi dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini melalui laman web MET Malaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi serta talian hotline 1-300-22-1638.

Berikut adalah fakta mengenai Senyar dan kemungkinan impaknya terhadap Malaysia, khususnya di sekitar Pantai Barat dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Taufan Senyar, atau ‘Singa’, terbentuk di Selat Melaka pada 26 November 2025 – kawasan berhampiran khatulistiwa yang jarang sekali mengalami pembentukan taufan tropika. Kali terakhir fenomena seumpama ini berlaku ialah pada 2001, dikenali sebagai Taufan Vamei.

Senyar kini berada kira-kira 102 km barat daya Lumut, Perak, bergerak ke timur-tenggara pada kelajuan 24 km/j. Ia membawa angin kencang dan hujan lebat berterusan.

Kawasan Terjejas di Malaysia:  Negeri pantai barat seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Melaka dan Johor menerima kesan hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora.

Garis Masa Penting

22 Nov: Sistem tekanan rendah dikesan di Selat Melaka.

26 Nov: Pendaratan di Langsa, Aceh (Sumatera).

26–27 Nov: Hujan lebat dan angin kencang melanda pantai barat Malaysia.

27–29 Nov: Amaran hujan berterusan untuk Selangor dan negeri lain.

Kesan kemungkinan di Malaysia

Banjir: Negeri utara dijangka paling terjejas; manakala banjir setempat di Selangor termasuk Sekinchan.

Pengangkutan: Operasi feri dan bot kecil dihentikan; ombak setinggi 4.5 m.

Korban dan Kerugian

Sehingga kini,sekurang-kurangnya 107 maut di rantau ASEAN, dengan kerugian dianggarkan melebihi AS$366 juta.

Tip Keselamatan

Elak aktiviti pantai dan tepi sungai.

Ikuti maklumat terkini melalui MetMalaysia, aplikasi myCuaca, atau hotline 1-300-22-1638.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment