PKR tanding 10 kerusi, anak Musa calon Sindumin

KOTA KINABALU 9 Nov. – PKR mengumumkan 10 calon termasuk anak lelaki Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah pada 29 November ini. Bekas Pengerusi PKR Sabah  Christina Liew yang sebelum ini mewakili kerusi DUN Api-Api digugurkan daripada senarai calon PKR Presiden PKR, Anwar Ibrahim, ketika mengumumkan senarai calon PKR  berkata Datuk Yamani Hafez Musa yang juga bekas Ahli Parlimen Sipitang, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin. Penyandang kerusi DUN Inanam, Peto Galim dikekalkan sebagai calon untuk mempertahankan…

Read More

Hanya satu pasukan UMNO, BN Sabah

KOTA KINABALU 9 Nov. – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan hanya ada satu pasukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah – diketuai Bung Moktar Radin – bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah. Beliau yang juga Pengerusi BN itu berkata, Bung Moktar dibantu semua pemimpin termasuk Timbalan Ketua UMNO Sabah, Abdul Rahman Dahlan, dan Bendahari UMNO Sabah, Dr Salleh Said Keruak. “Bung tidak sendirian… beliau dibantu oleh Rahman, Salleh dan rakan-rakan Ketua UMNO serta BN masing-masing. Tiada orang Rahman, tiada orang Bung dan tiada orang Salleh… tetapi…

Read More

BN tanding 41 kerusi PRN Sabah

KOTA KINABALU 9 Nov.  – Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon-calonnya yang bakal bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan 29 November 2025 ini. Berikut dilampirkan calon-calon terbabit: SENARAI PENUH CALON BN SABAH 1. N.01 Banggi – Normalah Binti Rasik 2. N.02 Bengkoka – Datuk Harun Durabi 3. N.03 Pitas – Datuk Bolkiah Haji Ismail 4. N.04 Tg Kapur – Kevin Lee Sip Kin 5. N.08 Pintasan – Tadzul Bin Radim 6. N.09 Tempasuk – Dato’ Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan 7. N.10 Usukan…

Read More

Hanya 20 peratus calon BN muka lama

KOTA KINABALU 9 Nov. –  Hanya 20 peratus muka lama dengan lima daripada mereka adalah penyandang akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, pada 29 November ini. Ini bermakna, sebanyak 80 peratus daripada 41 calon BN yang diumumkan Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin di sini, hari ini adalah muka baharu. Kerusi Dewan Undangan (DUN) yang bakal ditandingi BN ialah Banggi, Bengkoka, Pitas, Tanjung Kapor, Pintasan, Tempasuk, Usukan, Sulaman, Pantai Dalit, Karambunai, Darau, Tanjung Keramat, Kawang, Pantai Manis, Bongawan, Membakut, Klias, Kuala Penyu…

Read More

Amanah sasar bertanding 28 kerusi

SHAH ALAM 9 Nov. – Parti Amanah Negara (Amanah) menyasarkan untuk bertanding di 28 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16  sebagai langkah memperkukuh kedudukan parti dalam landskap politik negara. Pengarah Strategi Nasional Amanah, Ahmad Sabki Yusof, berkata keputusan itu dicapai dalam Pemukiman Pilihan Raya Amanah yang diadakan awal tahun ini. “Tahun lepas saya pernah bertanya kepada Datuk Seri Presiden, berapa kerusi Parlimen yang kita nak menang pada pilihan raya akan datang. Abang Mat (Mohamad Sabu) jawab, sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen,” katanya ketika berucap di Konvensyen Amanah Nasional 2025…

Read More

Warisan sarang pemimpin lompat?

SEPANG 9 Nov . – Selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilabelkan sebagai ‘parti lompat’, Setiausaha Agung GRS,  Armizan Mohd Ali pula melabelkan parti pimpinan Shafie Apdal itu sebagai ‘sarang pemimpin lompat’. Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mempersoalkan sama ada mereka tidak pernah bertukar parti. “Dalam menuding jari ke arah GRS, saya fikir perlu juga mereka yang bercakap itu termasuk barisan politikus lama (untuk) melihat kepada diri sendiri – adakah mereka tidak pernah bertukar parti (atau) adakah parti mereka suci tidak pernah menerima pemimpin lompat…

Read More

Israel tunggu lima lagi jasad tebusan

BAITULMUQADDIS – Israel  menunggu lima lagi jasad untuk dikembalikan Hamas, bagi membolehkan gencatan senjata memasuki proses seterusnya selepas mengesahkan identiti mayat tebusan terbaharu yang dipulangkan kelmarin. Tentera Israel mengenal pasti mayat yang diserahkan itu sebagai Lior Rudaeff, seorang pemandu ambulans sukarelawan yang terbunuh pada 7 Oktober 2023. Warga Israel-Argentina berusia 61 tahun itu adalah antara lima orang awam bersenjata yang maut sewaktu mempertahankan komuniti mereka, kibbutz Nir Yitzhak. Kematiannya disahkan oleh pihak berkuasa Israel pada Mei 2024 dan namanya dimasukkan dalam senarai 20 tebusan hidup dan 28 tebusan meninggal dunia…

Read More

KSrelief salur bantuan makanan ke Gaza

GAZA – Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menyalurkan kumpulan bantuan makanan baharu ke kawasan timur Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza melalui Pusat Kebudayaan dan Warisan Arab Saudi. Bantuan itu sebagai sebahagian daripada kutipan dana Arab Saudi yang sedang berjalan bagi menyokong rakyat Palestin. Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), usaha meluas KSrelief termasuk penubuhan jambatan udara dan laut, sehingga kini menghantar 71 pesawat dan lapan kapal, membawa lebih 7,655 tan bekalan makanan, perubatan serta bahan perlindungan. Selain itu, sebanyak 20 ambulans turut diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah…

Read More