Warisan sarang pemimpin lompat?

SEPANG 9 Nov . – Selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilabelkan sebagai ‘parti lompat’, Setiausaha Agung GRS,  Armizan Mohd Ali pula melabelkan parti pimpinan Shafie Apdal itu sebagai ‘sarang pemimpin lompat’.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mempersoalkan sama ada mereka tidak pernah bertukar parti.

“Dalam menuding jari ke arah GRS, saya fikir perlu juga mereka yang bercakap itu termasuk barisan politikus lama (untuk) melihat kepada diri sendiri – adakah mereka tidak pernah bertukar parti (atau) adakah parti mereka suci tidak pernah menerima pemimpin lompat dari parti lain?

“Tidak perlu diulas panjang, kalau sebelum ini mereka tuduh GRS parti lompat, maka jadilah parti mereka kini, Warisan khususnya, sarang pemimpin lompat. Tahniah dan selamat maju jaya. Hakikatnya, memang lompat dan Warisan tidak boleh dipisahkan. Kenapa, sekejap nanti kita singkap,” katanya..

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata demikian menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial malam tadi.

Selain, itu, Armizan turut mempersoal apa taktik baharu yang akan digunakan Warisan untuk kekal berkuasa termasuk menerajui pentadbiran kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRN) ke-17 akhir bulan ini.

Menurut Armizan,  Warisan yang dikatakan terkenal melobi wakil rakyat daripada parti lain selepas ini sudah tidak boleh mengamalkan pendekatan sama, memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Mei 2023 meluluskan rang undang-undang yang menghalang anggota DUN daripada melompat parti.

“Hari ini Warisan kata gah bertanding 73 kerusi (DUN pada PRN). Tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak, tetapi melihat kepada pendirian (ia) tidak konsisten (seperti yang berlaku) sebelum ini.

“Walaupun lompat (parti) sudah dihalang undang-undang, adakah Warisan akan menggunakan taktik baharu mendapatkan sokongan ADUN parti lain untuk cuba kembali berkuasa. Ini kena tanya Warisan, hanya pemimpinnya yang ada jawapan,” katanya.

Armizan turut menempelak Warisan yang melabel GRS sebagai ‘parti khianat’, selain mempersoal sama ada parti diterajui Shafie itu ‘suci’ daripada sebarang salah laku.

Beliau mengakui GRS sebagai gabungan politik baharu, dan pasti ramai pemimpin pernah berada dalam wadah lain, namun kini memilih membentuk platform baharu, menyatukan parti lokal dalam jajaran politik berteraskan citra tempatan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment