PUTRAJAYA 7 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) merekodkan 42,305 pemilih baharu secara automatik berdasarkan warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 September hingga 30 September 2025 yang lalu.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Â Khairul Shahril Idrus berkata, dalam tempoh yang sama, 12,324 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya, dan 2,319 orang pemilih bertukar kategori pengundi/status.
Katanya, pemilih baharu bolehlah membuat semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2025 (DPT BLN9/2025) yang telah diperaku dan diwartakan pada 6 November mulai semalam sehingga 5 Disember depan.
Beliau berkata, jika pemilih mendapati nama tidak disenarai dalam DPT BLN8/2025, tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang C manakala yang berhasrat membuat bantahan terhadap kemasukan nama mereka boleh mengisi Borang D.
Katanya, sebarang pertanyaan berkaitan semakan DPT BLN9/2025 boleh diajukan kepada SPR melalui portal rasmi atau menghubungi talian hotline SPR 03-8892 7218.
Semakan boleh dibuat melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri (http://ppn.spr.gov.my), aplikasi dalam talian (https://myspr.spr.gov.my), aplikasi mudah alih MySPR Semak dan talian 03-8892 7218.
Untuk rekod sebanyak 55,047 nama warga negara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu sepanjang tempoh 1 hingga 31 Ogos 2025, manakala 42,464 didaftarkan pada Julai dan 40,510 pada Jun 2025.
Nnn
