SEPANG 7 Nov. – Parti Bumiputera Perkasa Bersatu (Putra) menuntut penjelasan bertulis Universiti Teknologi MARA (UiTM) berhubung pelantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai Profesor Adjung, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP). Pemangku Ketua Wira Putra, Dr. Mohamad Izwan Zainal berkata, kriteria kelayakan akademik dan profesional juga perlu diumumkan secara terbuka bagi menjamin ketelusan berhubung pelantikan itu. Justeru, katanya pelantikan itu perlu ditangguhkan serta-merta sehingga semakan semula garis panduan dan prosedur dilakukan dengan lebih telus dan berprinsip. “Putra ingin menegaskan, isu ini bukan soal peribadi atau kebencian terhadap mana-mana individu, sebaliknya…
Read MoreDay: November 7, 2025
42,305 pemilih baharu September didaftar
PUTRAJAYA 7 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) merekodkan 42,305 pemilih baharu secara automatik berdasarkan warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 September hingga 30 September 2025 yang lalu. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Khairul Shahril Idrus berkata, dalam tempoh yang sama, 12,324 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya, dan 2,319 orang pemilih bertukar kategori pengundi/status. Katanya, pemilih baharu bolehlah membuat semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2025 (DPT BLN9/2025) yang telah diperaku dan diwartakan pada 6 November mulai semalam sehingga 5…
Read MoreBerita pilihan…
Pelosi umum persaraan politik
SAN FRANCISCO – Selepas lebih empat dekad dalam politik, tokoh Demokrat veteran, Nancy Pelosi, 85 mengumumkan persaraannya daripada Kongres Amerika Syarikat (AS), selepas penggalnya tamat Januari 2027. Wanita paling berpengaruh dalam sejarah politik negara itu dalam satu mesej video pada Khamis, berkata “ Kita telah mencipta sejarah, kita telah membuat kemajuan,” Pelosi yang mula mewakili San Francisco di Dewan Perwakilan pada 1987 dan mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Speaker Dewan pada 2007 menyeru rakyat San Francisco “menyedari kuasa mereka” dalam demokrasi. Beliau memegang jawatan itu sehingga 2011, dan…
Read MoreTarik balik sekatan keatas Presiden Syria
NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk menarik balik sekatan terhadap Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa dan Menteri Dalam Negeri, Anas Khattab. Resolusi yang digubal Amerika Syarikat itu menerima sokongan 14 daripada 15 anggota majlis, dengan China memilih untuk berkecuali. Langkah ini dibuat menjelang lawatan bersejarah al-Sharaa ke White House pada 10 November, yang bakal menjadi kunjungan pertama oleh seorang Presiden Syria ke Washington sejak negara itu merdeka pada 1946. Al-Sharaa sebelum ini mengetuai Hayat Tahrir al-Sham (HTS), sebuah kumpulan bersenjata yang pernah menjadi sayap rasmi…
Read More