Kor Ming mohon maaf

IPOH 2 Nov. – Selepas menerima kecaman pelbagai pihak, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming akhirnya memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dianggap ‘ugutan’ terhadap wartawan Utusan Malaysia. Kor Ming berkata, beliau menerima dengan hati terbuka segala teguran yang diberikan terhadap kenyataannya semasa prapelancaran projek pencahayaan ‘I Lite U’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Justeru beliau menarik balik kata-kata yang menimbulkan kekeliruan atau rasa terkilan dalam kalangan pihak media. “Pada masa hari ini, sempena hari Ahad yang penuh permai ini, berkaitan dengan kekhilafan di Program…

Read More

Putra kemuka 14 usul Ucapan Dasar Presiden

KUALA LUMPUR 2 Nov.  – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan terus di bawah bidang kuasa Parlimen bagi menjamin tahap ketelusan, kebebasan, dan integriti institusi tersebut tanpa campur tangan politik daripada pihak eksekutif. Di samping itu, lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM selepas umur persaraan wajib hendaklah dihadkan kepada sekali sahaja, bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa, pengaruh politik, dan memastikan kepemimpinan badan pencegah rasuah sentiasa segar, bebas, serta berkhidmat atas prinsip keadilan dan integriti Gesaan itu adalah antara 14 usul Ucapan Dasar Presiden Dr Ibrahim…

Read More

Mahu jumpa media selesai isu secara baik

SEPANG 2 Nov. – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming, menyatakan kesediaan berjumpa dengan pihak media yang terlibat dalam insiden semasa sidang media pra-pelancaran “I Lite U”baru-baru ini. “Saya dengan rendah hati sudi untuk berjumpa dengan pihak media yang terlibat dalam masa terdekat supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan teratur,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook. Beliau sedar mengenai teguran ke atasnya berkaitan insiden semasa sidang media pra-pelancaran “I Lite U”baru-baru ini dan menyedari kemungkinan wujudnya kekhilafan serta menerimanya dengan hati yang terbuka. “Selaku pemimpin saya…

Read More

Anak-anak Gaza kembali ke sekolah

GAZA – Di tengah-tengah kemusnahan, anak-anak Gaza akhirnya kembali ke sekolah selepas dua tahun terpaksa meninggalkan bilik darjah akibat perang yang meragut ribuan nyawa. Selepas gencatan senjata diumumkan, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) giat memulihkan sekolah-sekolah yang sebelum ini dijadikan pusat perlindungan sementara. Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini, memaklumkan, program “Kembali Belajar” kini diperluas, merangkumi pembelajaran secara fizikal dan dalam talian. Namun, kesan perang masih jelas kelihatan. Jurucakap UNRWA, Inas Hamdam berkata, lebih 62,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan pembelajaran sementara sejak ia…

Read More

Tindakan ketenteraan keatas Nigeria?

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mengarahkan Pentagon untuk bersiap sedia bagi kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Nigeria, susulan dakwaan berterusan mengenai keganasan terhadap komuniti Kristian di negara itu. Dalam satu hantaran di media sosial, Trump menyifatkan insiden yang berlaku sebagai “penyembelihan besar-besaran” terhadap penganut Kristian dan memberi amaran bahawa Amerika Syarikat akan “segera menghentikan semua bantuan dan sokongan kepada Nigeria” sekiranya kerajaan negara itu tidak bertindak segera. “Saya telah mengarahkan Jabatan Perang kita untuk bersiap sedia. Jika kita menyerang, ia akan berlaku dengan pantas, ganas dan tepat…

Read More