‘Serbu’: Penjelasan Masjid Rusila

RESPON TERHADAP KENYATAAN KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

1- Pihak kami meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Agensi Penguatkuasaan maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Ketua Pengarah pada 22 oktober 2025 berkaitan isu yang berlaku di Masjid Rusila pada 19 September 2025.

2- Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Masjid tidak pernah menerima sebarang permohonan atau permakluman untuk apa-apa aktiviti yang dinyatakan didalam kenyataan tersebut sama ada secara lisan ataupun secara bertulis.

3- Pihak Masjid juga telah menghubungi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapat pengesahan dari mereka sekiranya ada apa-apa aktiviti dari mana- mana agensi yang berkaitan. Jawapan yang kami terima tiada apa-apa aktiviti yang dijalankan pada masa dan tarikh tersebut di bawah permakluman mereka.

4- Justeru pihak Masjid telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut. Setelah itu barulah kami menerima permakluman lisan dan permohonan maaf melalui telefon daripada pihak Maritim Malaysia.

5- Pihak masjid sangat kecewa dengan sikap dan tindakan tidak profesional yang ditunjukkan oleh Maritim Malaysia didalam menangani isu ini.

Sekian terima kasih.

Mohd Azri bin Abdul Aziz
Pengerusi Jawatankuasa
Masjid Rusila, Marang,
Terengganu.

Related posts

Leave a Comment