SANDAKAN 12 Okt. – Dakwaan wujud ketegangan dalam kalangan ahli PKR Sabah di peringkat cabang yang tidak berpuas hati kerana campur tangan kepemimpinan pusat tidak menggambarkan situasi keseluruhan parti itu. Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata beliau ada bertemu dengan ketua cabang yang membuat kenyataan itu dan mereka memaklumkan, dakwaan itu cuma membabitkan beberapa individu. Selepas pertemuan itu, katanya, mereka berpuas hati dan bersemangat untuk memastikan parti yang dipimpin Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dapat memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). “Kenyataan itu dibuat oleh satu dua…
Read MoreDay: October 12, 2025
9 aktivis FFC selamat tiba di KLIA
SEPANG 12 Okt. – Kesemua sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotila Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini. Kumpulan berkenaan yang tiba pukul 4 petang disambut isteri Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Ismail dan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri. Mereka ialah Ketua Misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali; Dr Fauziah Hassan; Dr Hafiz Sulaiman; Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah, Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; wartawan, Syafik Shukri…
Read MoreMIC tidak tanding PRN Sabah
KUALA SELANGOR 12 Okt. – MIC tidak akan diturunkan mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 selepas mengambil kira jumlah pengundi India yang kecil di negeri itu. Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, BN akan menampilkan calon daripada UMNO, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) “Insya-Allah, kebanyakan calon BN adalah muka baharu dan kita kekalkan muka lama serta akan ramaikan golongan profesional menjadi calon BN,” katanya kepada pemberita pada program Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam…
Read More4 pelajar kes rogol boleh duduki SPM
MELAKA 12 Okt. – Semua empat pelajar yang disyaki terbabit dalam kes rogol seorang pelajar perempuan di sekolah menengah di Alor Gajah dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual bermula 3 November ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata keputusan itu dibuat untuk memastikan aspek pendidikan pelajar terbabit tidak terganggu meskipun mungkin terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang, susulan kes berkenaan. Katanya, tindakan undang-undang terhadap mereka diserahkan sepenuhnya kepada polis, manakala kementeriannya memberi tumpuan kepada aspek disiplin, ekosistem sekolah serta sokongan emosi dan psikososial kepada semua pihak yang terbabit. “Kita…
Read MoreRamai bertanyakan bantuan kebajikan
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Setakat September lalu, lebih 50,000 panggilan diterima daripada orang ramai menerusi Talian Kasih 15999 dengan panggilan tertinggi membabitkan pertanyaan berkaitan status bantuan kebajikan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Nancy Shukri, berkata, panggilan berkaitan bantuan kebajikan seperti status permohonan, prosedur untuk memohon dan bantuan khas seperti untuk golongan orang kurang upaya (OKU). “Namun, ada juga panggilan berkaitan warga emas, kes pengabaian serta keganasan rumah tangga, tetapi kategori kebajikan mencatat jumlah tertinggi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen ‘Awak Okey Tak? Jom Kongsi’ sempena…
Read MoreUPKO cadang guna logo sendiri
KOTA KINABALU 12 Okt. – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengemukakan cadangan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Presidennya, Ewon Benedick, berkata UPKO mengambil keputusan itu kerana mahu PH mempunyai penonjolan kepada semangat Sabah. Bagaimanapun Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, perkara itu bagaimanapun masih di peringkat perbincangan dan belum ada keputusan mengenainya setakat ini. “Kita mahu PH mempunyai penonjolan kepada semangat Sabah, sebab itu UPKO mengemukakan syor menggunakan logo sendiri dan saya percaya rakan-rakan pimpinan PH memahami apa…
Read MoreBerita pilihan….
Tiga diplomat Qatar maut
KAHERAH – Tiga diplomat Qatar maut manakala dua lagi dilaporkan cedera dalam satu kemalangan jalan raya di bandar peranginan Laut Merah, Sharm el-Sheikh, Mesir, pada Ahad, Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada para diplomat terbabit merupakan anggota pasukan rundingan Qatar yang bersama pegawai Mesir sebelum ini memainkan peranan penting dalam memeterai perjanjian antara Israel dan Hamas,. Sharm el-Sheikh dijadual menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Antarabangsa pada Isnin, yang bertujuan memuktamadkan perjanjian bagi menamatkan perang di Gaza.
Read MoreSidang Gaza di Sharm el-Sheikh
KAHERAH – Sidang kemuncak mengenai Gaza di Sharm el-Sheikh esok akan dipengerusikan bersama oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi. Menurut kenyataan Pejabat Presiden Mesir semalam, mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung pada petang Isnin dengan penyertaan lebih 20 pemimpin negara. Sidang berkenaan bertujuan menamatkan peperangan di Semenanjung Gaza, memperkukuh usaha mencapai keamanan dan kestabilan di Asia Barat, serta membuka era baharu keselamatan dan kestabilan serantau. Antara pemimpin yang mengesahkan kehadiran ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres; Perdana Menteri Britain, Keir Starmer; Perdana…
Read More