Tiga diplomat Qatar maut

KAHERAH – Tiga diplomat Qatar maut manakala dua lagi dilaporkan cedera dalam satu kemalangan jalan raya di bandar peranginan Laut Merah, Sharm el-Sheikh, Mesir, pada Ahad,

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada para diplomat terbabit merupakan anggota pasukan rundingan Qatar yang bersama pegawai Mesir sebelum ini memainkan peranan penting dalam memeterai perjanjian antara Israel dan Hamas,.

Sharm el-Sheikh dijadual menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Antarabangsa pada Isnin, yang bertujuan memuktamadkan perjanjian bagi menamatkan perang di Gaza.

Related posts

Leave a Comment