SEPANG 2 Okt. – Anwar Ibrahim akan menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, untuk menuntut campur tangan segera Washington dalam usaha membebaskan aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk rakyat Malaysia, yang ditahan tentera Israel. Perdana Menteri berkata setakat petang ini, beliau telah mengadakan perbincangan bersama Presiden Turkiye, Presiden Mesir dan Perdana Menteri Qatar bagi memohon dukungan mereka dalam usaha mendesak pembebasan sukarelawan serta aktivis Malaysia yang ditahan. “Saya dan pasukan juga berhubung rapat dengan beberapa rakan lain, termasuk Setiausaha Negara AS, bagi menuntut campur tangan serta tindakan…
Read MoreDay: October 2, 2025
STAR, SAPP tinggalkan GRS menjelang PRN
KOTA KINABALU 2 Okt. – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP), bukan lagi anggota Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas kedua-duanya memutuskan untuk bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Setiausaha Agung GRS, Masidi Manjun, yang mengesahkan demikian berkata hasrat itu disuarakan Presiden kedua-dua parti berkenaan pada Mesyuarat Majlis Presiden GRS malam tadi yang dipengerusikan Ketua Menteri, Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS, di Sri Gaya di sini.. Menurut Masidi, agenda utama mesyuarat selama hampir dua jam itu ialah membincangkan dan mengemas kini persiapan gerak kerja GRS…
Read MorePernikahan Diraja Selangor disempurnakan
SHAH ALAM 2 Okt . – Istiadat Pernikahan Diraja di antara Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dengan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz disempurnakan oleh Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Menurut kenyataan rasmi di Facebook Selangor Royal Office, akad ijab dan kabul dimeterai tepat pukul 10.05 pagi ini dengan sekali lafaz, disusuli 11 das tembakan meriam di pekarangan Istana Alam Shah. Dua saksi pernikahan adalah Tengku Panglima Raja Selangor, Tengku Ahmad Shah dan Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk…
Read MoreSolat hajat, qunut nazilah
PUTRAJAYA 2 Okt. – Semua masjid dan surau Jumaat disarankan mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan keselamatan dan perlindungan kepada pasukan Global Sumud Flotilla (GSF). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) juga diarah untuk mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah pada hari ini selepas Solat Maghrib. “Agensi Jakim dan Jawi telah diarah untuk mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah pada hari ini selepas Solat Maghrib…
Read MoreBerita pilihan…
Israel terus membantai Gaza
NUSEIRAT, PALESTIN – Ketika Hamas masih mempertimbangkan pelan damai yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump , tentera Israel terus membantai Bandar Gaza dengan serangan pengeboman. Agensi pertahanan awam wilayah itu — pasukan penyelamat di bawah pentadbiran Hamas — melaporkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di Bandar Gaza semalam. Mereka termasuk enam orang dalam serangan ke atas sekolah yang dijadikan tempat perlindungan dan tujuh lagi daripada satu keluarga yang terkorban di kediaman mereka. Bagaimanapun, diminta mengulas kejadian itu, tentera Israel memaklumkan mereka sedang menyemak laporan…
Read MoreTentera agih vitamin
JAKARTA – Tentera Indonesia mula menghasilkan multivitamin untuk diagihkan kepada kanak-kanak menerusi program makanan percuma kerajaan, satu langkah memperluaskan peranan tentera dalam kehidupan awam di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto. Timbalan Menteri Pertahanan, Marsyal Udara (B) Donny Ermawan Taufanto, secara simbolik menyerahkan 4.8 juta pil multivitamin yang dihasilkan makmal tentera kepada 100 dapur yang terbabit dalam program makanan percuma di ibu negara, Jakarta. Sejak mengambil alih jawatan tahun lalu, Prabowo, bekas komander pasukan khas, memperluas pembabitan tentera termasuk dalam penghasilan ubat-ubatan, pelaksanaan projek makanan percuma sekolah, dan inisiatif keselamatan makanan.…
Read More