Israel terus membantai Gaza

NUSEIRAT, PALESTIN – Ketika Hamas masih mempertimbangkan pelan damai yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump , tentera Israel terus membantai Bandar Gaza dengan serangan pengeboman.

Agensi pertahanan awam wilayah itu — pasukan penyelamat di bawah pentadbiran Hamas — melaporkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di Bandar Gaza semalam.

Mereka termasuk enam orang dalam serangan ke atas sekolah yang dijadikan tempat perlindungan dan tujuh lagi daripada satu keluarga yang terkorban di kediaman mereka.

Bagaimanapun, diminta mengulas kejadian itu, tentera Israel memaklumkan mereka sedang menyemak laporan itu.

Sehari sebelum itu, Trump memberikan ancaman kepada Hamas untuk menerima pelan damai dalam tempoh tiga atau empat hari.

Pelan itu, yang turut mendapat sokongan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyeru kepada gencatan senjata, pembebasan tebusan dalam tempoh 72 jam, pelucutan senjata Hamas dan pengunduran berperingkat tentera Israel dari Gaza.

Nnn

Related posts

Leave a Comment