KUALA LUMPUR 26 Ogos – Penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, akan dilaksanakan secepat mungkin. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu memudahkan pelaksanaan gali semula itu, susulan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. Beliau berkata, polis antara lain akan membantu mempermudahkan proses menggali dan mengiringi jenazah ke hospital, selain mengawasi proses bedah siasat kali kedua itu serta pengebumian semula jenazah. “Keputusan sudah dibuat… justeru sama seperti kes adik Zara (Allahyarhamah…
Read MoreMonth: August 2025
RUU URA: Jika undian, pembangkang mohon belah bahagian
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Pembangkang akan meminta undian belah bahagian jika Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Bandar 2025 (URA) yang dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua esok perlu diluluskan Dewan Rakyat. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, berkata ia bagi melihat sendiri tahap sokongan Ahli-ahli Parlimen terutama daripada blok kerajaan terhadap RUU itu. “Esok, kalau RUU dibaca kali kedua, dibahaskan dan digulung menteri untuk (kelulusan), (ketika) undi, kami akan minta belah bahagian, kita mahu tahu mana Ahli Parlimen sokong, mana Ahli Parlimen yang menolak. “Biar rakyat tahu perkara ini.…
Read MoreSG4 tolak RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025
SEPANG 26 Ogos – Negeri-Negeri SG4 iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dengan tegas menolak Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar 2025 (URA) yang akan dibentangkan untuk Bacaan Kali Kedua di Parlimen pada 27 Ogos ini. SG4 berkata, RUU ini jika diluluskan akan menjadi suatu undang-undang yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. “RUU ini dijangka akan member implikasi besar terhadap kuasa autonomi negeri, hak pemilikan tanah, kelangsungan komuniti asal bandar serta hak asasi penduduk setempat,” kata SG4 dalam satu kenyataan. Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Menteri Besar Kelantan,…
Read MoreBendera: Pasar raya pula diarah tutup
PONTIAN 26 Ogos – Selepas klinik gigi dihukum kerana memasang Jalur Gemilang terbalik, kini giliran pasar raya mini di Pekan Nanas pula diarahkan tutup selama 30 hari selepas mengibarkan bendera Johor secara terbalik yang tular di media sosial. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abdul Azim Shamsuddin berkata, notis penutupan bermula pada Isnin dan telah diserahkan kepada pemilik premis. Menurut beliau, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan (MDP) 2019, iaitu berhubung pengibaran bendera. Tindakan penutupan ini dibuat mengikut UUK 49(2)…
Read MoreBerita pilihan…
Dakwa individu bakar, hina bendera AS
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sudah menandatangani perintah eksekutif yang mengarahkan Peguam Negara AS mendakwa mereka yang membakar atau menghina bendera negara itu. Perintah itu mengarahkan Peguam Negara untuk ‘mendakwa dengan tegas’ individu yang melanggar undang-undang berkaitan merosakkan bendera. “Jika anda bakar bendera, anda akan dipenjara setahun, tiada pengurangan hukuman, tiada apa-apa,” kata Trump ketika menandatangani perintah itu di Pejabat Oval. Peguam Negara turut diarah mengambil tindakan undang-undang bagi menjelaskan skop Pindaan Pertama Perlembagaan berhubung isu itu, sekali gus mencetuskan kritikan daripada pejuang hak kebebasan bersuara. Pindaan…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 26.08.2025
215 GRO warga asing ditahan
KUALA LUMPUR 25 Ogos – – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 215 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam satu operasi melibatkan 87 premis hiburan seluruh negara yang dijalankan pada Jumaat dan Sabtu lalu, Operasi yang dinamakan Op Noda itu dikendalikan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ negeri, dengan tumpuan utama terhadap pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen. Pengarah JSJ Bukit Aman, M Kumar, berkata pemeriksaan mendapati 66 daripada 87 premis yang diperiksa melalui operasi itu beroperasi tanpa lesen sah. “Hasil…
Read MoreNik Nazmi gesa RUU URA ditangguh
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Seorang lagi Ahli Parlimen PKR menggesa supaya Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Bandar 2025 (URA) ditangguhkan sehingga semua isu kebimbangan berkaitan dapat ditangani secara menyeluruh. Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) berkata, RUU itu akan memberi kesan besar terhadap masa depan bandar-bandar Malaysia dan secara tidak langsung terhadap negara. “Kita tidak sepatutnya tergesa-gesa, sebaliknya perlu memperhalusi hal ini dengan bijaksana dan inklusif. “Saya mendesak kerajaan tidak meneruskan bacaan kedua dan ketiga RUU pada Rabu ini serta menangguhkannya sehingga semua isu kebimbangan berkaitan dapat ditangani secara menyeluruh,” katanya…
Read MoreJawatankuasa khas kaji draf RUU Gig
PUTRAJAYA 25 Ogos – Sebuah jawatankuasa khas Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan diwujudkan bagi mengkaji draf Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig 2025, yang kali pertama dibaca di Dewan rakyat, hari ini. Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, berkata jawatankuasa itu akan membabitkan pihak persatuan, ahli akademik, aktivis dan pihak berkepentingan lain dalam ekonomi gig. Menyifatkan rang undang-undang itu bagi membela pekerja gig sebagai langkah kehadapan, MTUC berpandangan keperluan mewujudkan akta itu amat penting bagi memenuhi kehendak mereka namun kewujudan draf RUU pekerja itu juga agak pelik berbanding RUU yang…
Read More