Akta Hasutan, Ketua Armada Bersatu didakwa

SEPANG 19 Ogos – Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin mengecam pendakwaan terhadap Ketua Armada Bersatu Hilman Idham, di bawah Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam himpunan membantah Akta Hasutan akhir bulan lalu.

Katanya, sebagai pemimpin sayap Armada yang mewakili anak-anak muda, Hilman berhak untuk mengkritik Akta Hasutan dan membantah tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin Armada di bawah akta tersebut.

“Pakatan Harapan berjanji menghapuskan Akta Hasutan. Kini apabila berkuasa, bukan sahaja Akta Hasutan tidak dihapuskan, malah mendakwa orang yang membantah akta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menyifatkan ia hipokrasi yang paling nyata, bukan sahaja kebebasan bersuara tidak lagi dilindungi, malah undang-undang yang dahulunya dikatakan zalim kini dilindungi oleh undang-undang.

“Saya mendoakan agar Saudara Hilman dan seluruh barisan kepimpinan serta ahli Armada Bersatu terus cekal melawan kezaliman dan hipokrasi Kerajaan Madani,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid, berkata, Hilman akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi esok berhubung ucapannya ketika perhimpunan di luar IPD Dang Wangi bulan lepas.

Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia akan dituduh  di bawah Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.

“(Pemuda Bersatu) mengecam keras tindakan ini, jelas kelihatan bahawa tindakan ini adalah intimidasi politik yang sengaja dibuat untuk membisukan suara pembangkang,” katanya dalam kenyataan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment