Akmal Saleh didakwa Jumaat ini

SEPANG 19 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Jumaat ini untuk satu pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam. Exco Kerajaan Negeri Melaka itu memaklumkan telah dihubungi oleh pihak polis bahawa beliau akan dihadapkan ke mahkamah pada pukul 8 pagi. “Namun, saya kini sedang menunaikan ibadah umrah di bumi Allah Makkah. Justeru, saya akan pendekkan umrah saya dan akan pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan tersebut pada hari Jumaat ini,” katanya menerusi hantaran…

Read More

Akta Hasutan, Ketua Armada Bersatu didakwa

SEPANG 19 Ogos – Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin mengecam pendakwaan terhadap Ketua Armada Bersatu Hilman Idham, di bawah Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam himpunan membantah Akta Hasutan akhir bulan lalu. Katanya, sebagai pemimpin sayap Armada yang mewakili anak-anak muda, Hilman berhak untuk mengkritik Akta Hasutan dan membantah tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin Armada di bawah akta tersebut. “Pakatan Harapan berjanji menghapuskan Akta Hasutan. Kini apabila berkuasa, bukan sahaja Akta Hasutan tidak dihapuskan, malah mendakwa orang yang membantah akta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menyifatkan…

Read More

Lindungi identiti 5 remaja bakal didakwa

Lindungi identiti lima remaja bakal didakwa KUALA LUMPUR 19 Ogos – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengingatkan orang awam dan media supaya tidak mendedahkan identiti lima remaja yang bakal didakwa esok berkaitan kes buli pelajar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Dalam kenyataannya, Suhakam meminta semua pihak bertindak penuh tanggungjawab serta mematuhi undang-undang, khususnya membabitkan hak perlindungan kanak-kanak. Menurut suruhanjaya itu, lima remaja terbabit yang akan dihadapkan ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu berhak mendapat perlindungan penuh bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), termasuk sokongan berasaskan trauma, wakil guaman serta layanan yang adil.…

Read More

Peluang nyatakan ketegasan kepada Trump

KUALA LUMPUR 19 Ogos  – Kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke yang dijadualkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di sini Oktober depan, memberi peluang kepada Malaysia menyatakan pendirian tegas untuk menghentikan kekejaman di Gaza. Menteri Luar, Mohamad Hasan yang mempertahankan jemputan dibuat ke atas Trump itu, berkata pihaknya melihat ada aspek positif dengan kunjungan Presiden AS itu bagi menyatakan sendiri pendirian Malaysia dan negara ASEAN lain. “Kita menegaskan boleh jadi nanti kenyataan Pengerusi ASEAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri semasa pembukaan sidang kemuncak nanti berhubung…

Read More

Pemuda, juarailah isu ‘nyawa rakyat dan negara’

SALAM buat Pemuda UMNO Malaysia dari Tok Him Putra 19hb Ogos 2025 SAYA akrab dengan Allahyarham Dato’ Harun Idris dan Syed Jaffar Albar semasa menjadi Presiden KSITM (1972-74), kemudian sertai UMNO (1982) dan dipilih menjadi Exco Pemuda UMNO (1984-87). Pernah ditahan ISA 1987 kali kedua kerana perjuangan Ketuanan Melayu yang digerakkan oleh Pemuda UMNO semasa Datuk Seri Najib Razak (DSNR) menjadi Pemangku Ketua Pemuda UMNO terhadap MCA yang persoal ketuanan Melayu. Nostalgia dan semangat ini mendorong saya meluahkan pandangan ini melalui Salam Buat Pemuda UMNO Malaysia. Saya ucap tahniah kepada…

Read More

Buli: Mohon pendakwaan lebih berat

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir berharap Jabatan Peguam Negara (AGC) mempertimbangkan pendakwaan yang lebih berat terhadap lima individu yang akan dituduh atas kes buli esok. Dalam kenyataan, barisan peguam keluarga mangsa itu mahu mereka dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan iaitu melakukan provokasi yang menyebabkan mangsa membunuh diri atau menyebabkan kematian yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya. Ketika ini lima suspek terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan…

Read More

Tubuh Jawatankuasa Pengurusan Gaza

RAMALLAH – Jawatankuasa Pengurusan Gaza, sebuah jawatankuasa sementara Palestin akan diumumkan tidak lama lagi, bagi mentadbir Semenanjung Gaza selepas gencatan senjata dicapai, Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa berkata, Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin, dan kerajaan Palestin adalah satu-satunya badan eksekutif yang diberi kuasa untuk mengurus urusannya. Perkara itu dinyatakan Mustafa pada sidang akhbar bersama Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty di sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza. Mustafa menegaskan serangan Israel ke atas Gaza “tidak memberi sebarang pihak, sama ada tempatan atau antarabangsa, keabsahan untuk mengenakan pengaturan yang lebih berkuasa” ke…

Read More

Kematian perang 22 bulan 62,004

GAZA – Dalam tempoh 24 jam terakhir, sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh menjadikan jumlah kematian akibat perang selama 22 bulan di Gaza kini mencecah 62,004 orang, iaitu antara konflik paling dahsyat dalam sejarah moden wilayah itu. Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan jumlah mangsa cedera turut meningkat kepada 156,230 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak yang dilaporkan membentuk hampir separuh daripada angka korban keseluruhan. Menurut laporan itu,  seramai 1,965 rakyat Palestin terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan atau berada berhampiran lokasi pengagihan bantuan. Pada pagi Isnin, tujuh lagi mangsa dilaporkan terbunuh ketika cuba mengakses…

Read More