Pengguna lebuh raya jimat RM1,632 setahun

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pengguna lebuh raya dijangka menjimatkan RM136 sebulan atau RM1,632 setahun susulan penangguhan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya seperti diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim baru-baru ini. Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi, penjimatan itu berdasarkan kadar tol semasa dikekalkan pada RM3.50 untuk perjalanan sehala berbanding kadar tol perjanjian konsesi pada 2025 ialah RM6.90. “Sekiranya jumlah penjimatan ini didarabkan selama 20 hari, iaitu penggunaan bagi tempoh sebulan atau 240 hari (setahun), penjimatan yang akan dinikmati oleh pengguna terbabit ialah RM136 sebulan atau RM1,632 setahun,” katanya…

Read More

Bukan mudah mansuhkan tol lebuh raya

KUALA LUMPUR 29 Julai – Memansuhkan bayaran tol bukan langkah yang mudah, terutama mengambil kira implikasi dana besar terpaksa ditanggung kerajaan, demikian pengakuan Menteri Kerja Raya (KKR) Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata isu dana akan timbul apabila kerajaan perlu mencari dana yang cukup besar, contohnya untuk tujuan penyelenggaraan sendiri lebuh raya yang dianggarkan akan mencecah berbilion ringgit. “Bukan mudah nak mansuhkan tol… kalau mansuh, kerajaan mesti cari dana besar untuk buat kerja penyelenggaraan sebenarnya, jadi untuk tujuan ini perlu dana besar berbilion ringgit,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan…

Read More

Krisis kemanusiaan di depan mata dunia

NEW YORK – ‘Gaza sedang mengalami krisis kemanusiaan di hadapan mata dunia.’, kata Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Tom Fletcher. Dalam satu kenyataan mengenai situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, beliau berkata, seorang daripada setiap tiga penduduk di Gaza tidak makan selama beberapa hari. Justeru, Fletcher menggesa agar penghantaran bantuan disegerakan serta gencatan senjata yang berkekalan dilaksanakan di wilayah itu Katanya, berlaku insiden penduduk Gaza yang cuba mendapatkan bantuan makanan ditembak, manakala kanak-kanak menderita akibat kelaparan Beliau menegaskan bantuan tidak sepatutnya…

Read More

AS sambut baik gencatan senjata

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menyambut baik pengisytiharan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand yang diumumkan semalam dan berharap kedua-dua negara komited terhadap penamatan segera keganasan. Ketua Setiausaha Negara AS, Marc Rubio, dalam satu kenyataan berkata beliau dan Presiden AS, Donald Trump mengharapkan kerajaan Kemboja dan Thailand menunaikan sepenuhnya komitmen mereka untuk menamatkan konflik ini. “Kami menghargai kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menganjurkan rundingan gencatan senjata ini dan menggesa semua pihak menunaikan janji masing-masing. AS akan terus komited dan terbabit dalam proses yang dianjurkan bersama Malaysia…

Read More

Kemboja, Thailand hargai ketegasan Malaysia

PUTRAJAYA 28 Julai – Kemboja dan Thailand menghargai ketegasan Malaysia dalam memainkan peranannya bagi memastikan pelaksanaan gencatan senjata serta-merta konflik antara kedua-dua negara sejak Khamis lalu. Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menyifatkan mesyuarat khas bagi melaksanakan gencatan senjata yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi ASEAN, “amat penting dan tepat pada masanya”. “Hari ini kita bermesyuarat dengan baik dan membuahkan hasil yang sangat positif, dan kita berharap ia akan menghentikan serta-merta pertempuran yang telah mengorbankan banyak nyawa, mencederakan ramai penduduk dan menyebabkan pemindahan besar-besaran. “Kami berharap penyelesaian yang…

Read More

Malaysia pantau gencatan senjata Thailand, Kemboja

KUALA LUMPUR 28 Julai – Malaysia akan terus memainkan peranan selaku Pengerusi ASEAN bagi memantau pelaksanaan dan pemantauan genjatan senjata di antara Thailand dan Kemboja yang bakal bermula tengah malam ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata persetujuan itu dicapai dengan Malaysia bertindak sebagai perantara dan tuan rumah dalam rundingan bersejarah hari ini. “Alhamdulillah, dua negara sahabat ASEAN, Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui pelaksanaan gencatan senjata bermula tengah malam ini. “Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, menerima amanah besar bersama rakan lain untuk memantau pelaksanaan dan pematuhan gencatan senjata ini, atas…

Read More

Himpunan: Chegubard ditahan polis

KUALA LUMPUR 28 Julai – Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard ditahan polis di kediamannya hari ini berkaitan himpunan pembangkang di Dataran Merdeka kelmarin. Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali menerusi kenyataan, memaklumkan aktivis politik itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang di kediamannya. Beliau memberitahu , pihaknya menerima pengesahan bahawa terdapat laporan polis terhadap Badrul Hisham berkaitan himpunan yang berlangsung di Dataran Merdeka, Sabtu lalu. Dalam kenyataannya, beliau berkata, kertas siasatan dibuka atas dakwaan empat kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan kecil; Kanun Keseksaan; Akta Komunikasi Multimedia dan…

Read More

Dr Mahathir ulas usaha rampas harta Daim

𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗧𝗜     1. Datuk Seri Anwar perlu terang dengan jelas apakah kesalahan Tun Daim sehingga usaha merampas dan memburukkan namanya berterusan walaupun dia telah meninggal dunia. 2. Yang boleh hukum ialah mahkamah selepas perbicaraan. Perdana Menteri tidak ada hak menjatuh hukum. 3. Kalau hanya diragukan oleh Perdana Menteri merampas harta tidak boleh dilaku. Itu salah dari segi undang-undang. Rampasan itu sama dengan mencuri. 4. Walaupun nama tidak disebut tetapi harta yang dirampas memang milik Tun Daim. Menjadi hak dan tanggungjawab masyarakat menjelas kesalahan Kerajaan.…

Read More