Isu logistik, dana punca 43 jemaah kandas

SEPANG 27 Julai – Persada Global Holidays Sdn Bhd mengesahkan berlaku kelewatan penerbangan pulang membabitkan sebahagian jemaah umrah yang dikendalikan syarikat berkenaan dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Menerusi satu kenyataan, Pengarah Urusannya, Shahir Ibrahim berkata, insiden berlaku berikutan beberapa isu logistik dan teknikal yang tidak dijangka termasuk kekangan dana operasi serta cabaran dalam mengesahkan tiket penerbangan pulang dalam tempoh yang ditetapkan. “Syarikat tidak melarikan diri atau mengabaikan tanggungjawab. Semua tindakan sedang diambil secara menyeluruh dan berfasa,” katanya yang turut menyatakan jemaah dalam keadaan selamat di bawah jagaan petugas di Jeddah.…

Read More

UMNO lihat dulu siapa hadir

RAUB 27 Julai – UMNO mesti memperkukuh Kerajaan Perpaduan, bukan menjatuhkannya, demikian ingatan Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi. Justeru Timbalan Perdana Menteri itu berkata, menyertai  perhimpunan anjuran pembangkang bukan satu tindakan yang baik. Tegasnya, UMNO menolak sebarang perhimpunan yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan tidak akan bertolak ansur dengan kehadiran ahlinya dalam perhimpunan itu di ibu negara semalam. Ahmad Zahid, berkata ahli UMNO sepatutnya memberi tumpuan kepada memperkukuh Kerajaan Madani, bukan cuba untuk melemahkannya. “Saya mahu lihat dahulu siapa yang hadir ke perhimpunan… saya dan pasukan akan soal mereka mengenai kehadiran…

Read More

PM sedia berdepan usul tidak percaya

PUTRAJAYA 27 Julai – “Silakan, kita terbuka. Ini proses yang betul,..” itu reaksi Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung usul undi tidak percaya terhadapnya. Beliau menyatakan kesediaannya untuk berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya oleh pihak pembangkang seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, semalam. Ada cadangan (oleh) Datuk Seri Hamzah Zainudin nak bawa undi tidak percaya. “Silakan, kita terbuka. Ini proses yang betul, dia (mahu) bawa, sila bawa. Dia kata nak bawa dah tiga tahun,” katanya kepada pemberita hari ini. Perdana Menteri, berkata perkara itu sudah tiga tahun disebut-sebut…

Read More

Thailand-Kemboja bawa isu ke PBB

BANGKOK – Thailand dan Kemboja mengemukakan isu ketegangan di sempadan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), dengan Thailand menggesa permusuhan dihentikan segera dan kembali ke meja rundingan. Kemboja pula memohon campur tangan antarabangsa sambil memberi amaran bahawa pertempuran berterusan boleh menjejaskan kestabilan rantau ini. Bercakap pada mesyuarat tertutup UNSC di New York, Duta dan Wakil Tetap Thailand ke PBB, Cherdchai Chaivaivid, mengulangi penolakan Thailand terhadap penggunaan kekerasan sebagai jalan untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Beliau menekankan komitmen tegas Thailand terhadap penyelesaian secara aman sejajar dengan Piagam PBB. Thailand menggesa Kemboja…

Read More

Thailand tegur laporan tidak tepat media

BANGKOK – Thailand mendakwa beberapa organisasi berita antarabangsa menyiarkan laporan yang mengandungi fakta tidak tepat dan keterangan gambar yang salah ketika pertempuran di sempadan memasuki hari ketiga berturut-turut. Justeru jurucakap kerajaan, Jirayu Huangsap, menggesa media asing menyemak ketepatan imej dan maklumat berkaitan sambil mengingatkan bahawa laporan tidak tepat atau mengelirukan boleh memburukkan lagi keadaan yang genting. Beliau memberi amaran bahawa laporan tidak lengkap atau di luar konteks boleh mencetuskan salah faham antarabangsa yang serius. “Kerajaan Thailand bersedia memberikan maklumat secara terbuka dan berdasarkan fakta, dengan menghormati sepenuhnya peranan media dalam…

Read More