PM undang semua pihak dialog cari titik temu

KUALA LUMPUR 26 Julai – Anwar Ibrahim mengundang semua pihak untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara secara bersama, tidak sekadar di jalanan. Perdana Menteri dalam kenyataan disiarkan di platform media sosial, malam ini berkata, semua pihak perlu bangkit menelaah, menggapai dan menguasai lapangan baharu supaya negara dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga. Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas berakhirnya perhimpunan aman Himpunan ‘Turun Anwar’ yang turut disertai pemimpin parti pembangkang di Dataran Merdeka petang ini. Anwar berkata, sebagai Perdana Menteri, beliau kekal dan konsisten…

Read More

Negeri angkat bantu UMNO Sabah hadapi PRN

BESUT 25 Julai – Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat, UMNO melantik beberapa negeri sebagai negeri angkat bagi membantu jentera pilihan raya parti itu. Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hassan, berkata proses pembahagian zon dan kawasan tumpuan kepada jentera parti dari negeri angkat berkenaan telah selesai dilaksanakan. Katanya, jentera Kelantan sudah bergerak ke Sabah, semalam, dan ditugaskan di bahagian timur negeri itu, manakala Terengganu diarah menguruskan Tawau, Sandakan dan Kudat. Manakala jentera UMNO dari Negeri Sembilan dan Melaka digerakkan untuk membantu gerak kerja parti…

Read More

49 ‘tunggu giliran’ darjah kebesaran ditarik balik

KUANTAN – Gelaran dan darjah kebesaran bukan perisai untuk bermaharajalela, malah juga bukan perhiasan di dada atau kebanggaan pada majlis keramaian, titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sebaliknya baginda, kurniaan itu adalah lambang kemuliaan, amanah yang bersulam maruah, dan penghormatan yang hanya layak kepada mereka yang memelihara integriti serta menjunjung tinggi undang-undang negeri. Malahan darjah kebesaran itu juga tidak boleh serta tidak akan menjadi pelindung kepada sesiapa yang melanggar hukum, mengkhianati tanah negeri atau menodai keadilan. Justeru baginda menegaskan tidak akan berdiam diri apabila kehormatan yang diberi,…

Read More

Pemimpin Eropah sokong Macron

ISTANBUL – Kalangan pemimpin Eropah menyambut baik pengumuman Presiden Perancis, Emmanuel Macron bahawa negara itu secara rasmi akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Pendirian Macron itu disifatkan sebagai langkah penting ke arah mencapai keamanan di Asia Barat. “Saya mengalu-alukan pengumuman Presiden Macron bahawa Perancis akan mengiktiraf Palestin pada September,” kata Perdana Menteri Ireland Simon Harris di X. Katanya, ini adalah sumbangan penting ke arah merealisasikan penyelesaian dua negara, yang menjadi satu-satunya asas berkekalan bagi keamanan dan keselamatan rakyat Israel dan Palestin. Terdahulu dalam satu hantaran di platform X pada Khamis,…

Read More

Lebih 220 ahli Parlimen gesa UK iktiraf Palestin

LONDON – Lebih 220 ahli Parlimen Britain termasuk puluhan pemimpin mewakili Parti Buruh yang memerintah menuntut kerajaan United Kingdom (UK) pimpinan Perdana Menteri, Keir Starmer mengiktiraf negara Palestin. Gesaan dalam bentuk surat yang ditandatangani penggubal undang-undang dari sembilan parti politik UK itu dibuat kurang 24 jam selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, negaranya secara rasmi akan mengiktiraf Palestin pada mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September. Perancis menjadi negara G7 pertama dan negara Eropah paling berpengaruh yang mengambil langkah sedemikian yang dikecam Israel dan Amerika Syarikat (AS). “Kami menggesa supaya…

Read More