Jun 2025 catat 40,510 pemilih baharu

PUTRAJAYA 17 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan 40,510 pemilih baharu iaitu warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 31 Jun 2025 yang didaftarkan secara automatik. Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 35,583 pemilih baharu pada Mei; 32,566 April; 39,241 Mac; 34,889 Februari dan Januari 37,683 orang. Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2025 (DPT BLN 6/2025) telah diperaku pada 17 Julai 2025 dan diwartakan pada 18 Julai 2025 dan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 18 Julai hingga 16 Ogos 2025. Menurut SPR, DPT…

Read More

Tiba masa “kami akan menyeberangi jambatan”

KUALA LUMPUR 17 Julai  – Anwar Ibrahim didesak supaya mengambil tanggungjawab penuh melaksanakan segera Titah Adendum bagi membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah. Desakan itu diputuskan oleh 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, yang turut menggesa Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara tersebut. Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dr Mohd Shafei Abdullah, yang bertindak sebagai jurucakap berkata, langkah itu sebagaimana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, sekali gus tiada lagi alasan melengahkan pelaksanaannya. “Namun jika Titah Adendum…

Read More

Memalukan ‘pesta’ gay di Kelantan

SEPANG 17 Julai – “Ia memalukan kerana berlaku di Kelantan,” demikian kata Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari susulan ‘pesta’ gay yang berlangsung di negeri yang sinonim dengan gelaran Serambi Mekah. Bagaimanapun Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengucapkan tahniah dan penghargaan atas tindakan tegas polis Kelantan menyerbu pesta tersebut yang disifatkan mencemarkan maruah negeri itu. “Jika berlaku di Kuala Lumpur seperti serbuan di Blue Boy Club pada Ogos 2018 atau parti Halloween lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada Oktober 2022. “Di Johor Bahru seperti pesta seks…

Read More

Gantung 9 Ahli Parlimen tidak selesai masalah

SEPANG 17 Julai – Sebarang keputusan untuk menggantung sembilan Ahli Parlimen PKR kerana menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung hal ehwal kehakiman tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengingatkan penggatungan akan menyebabkan PKR tinggal 22 kerusi, setaraf dengan parti seperti DAP, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). “Nasihat saya, kalau main catur atau main dam haji, sebelum ghairah nak makan lawan, tengok dulu aturan kat sebelah kita. Menggantung sembilan ahli parlimen menyebabkan PKR tinggal 22 kerusi, lebih sedikit dari DAP, BN dan…

Read More

Beng Hock: Komitmen DAP terus cari kebenaran

KUALA LUMPUR 17 Julai  – Pendirian DAP tidak berubah sama ada ketika menjadi pembangkang atau kerajaan dalam usaha membela nasib mendiang Teoh Beng Hock dan keluarganya, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke. Menteri Pengangkutan itu berkata, berlandaskan prinsip undang-undang, sepanjang 16 tahun lalu, komitmen parti itu tidak pernah berganjak untuk mencari kebenaran dalam kes Beng Hock. “Pada bila-bila masa atau sekiranya muncul bukti baharu yang penting, DAP menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi untuk memberikan sokongan undang-undang sepenuhnya. “Memandangkan siasatan masih belum lengkap dan keputusan dicapai masih belum memenuhi harapan keluarga Beng…

Read More

Pelantikan hakim perlu patuhi peruntukan undang-undang

SEPANG 17 Julai  – Semua pihak diminta mengelak daripada membuat sebarang spekulasi dan tuduhan negatif tanpa memperoleh fakta yang lengkap dan sahih mengenai sesuatu perkara termasuk pelantikan hakim-hakim kanan mahkamah atasan. Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah ketika menitahkan demikian menekankan keperluan mematuhi peruntukan undang-undang khususnya di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan mengenai proses dan tatacara pelantikan. “Proses yang telah diperuntukkan ini perlu dilaksanakan secara telus dan berhati-hati demi memelihara kedaulatan undang-undang serta mendukung prinsip keadilan yang menjadi teras utama dalam pemerintahan negara,” titah baginda. Semalam Sultan Sharafudin mempengerusikan Mesyuarat…

Read More

Trump ada “berita baik” untuk Gaza

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata terdapat “berita baik” mengenai Gaza dan beberapa perkara lain yang sedang  diusahakan pada peringkat tertinggi. Beliau mengumumkan demikian ketika beliau bersiap untuk bertemu Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, pada satu jamuan makan malam di Rumah Putih. Bagaimanapun, Trump tidak memberikan butiran lanjut mengenai kenyataan itu. Majlis makan malam itu diadakan di tengah-tengah rundingan gencatan senjata yang masih berlangsung bagi menghentikan serangan di Semenanjung Gaza yang kini terkepung. Rundingan yang bermula 6 Julai itu bertujuan untuk mencapai perjanjian yang…

Read More

Israel serang kota Damsyik

DAMSYIK – Israel melancarkan serangan udara besar-besaran di ibu kota Syria, Damsyik dan memusnahkan sebahagian bangunan Kementerian Pertahanan dan menyerang kawasan berhampiran Istana Presiden. Serangan itu berlaku selepas tentera kerajaan menyerang kaum Druze di selatan Syria. Sejak kebelakangan ini, serangan oleh Israel semakin ketara ketika Syria di bawah pentadbiran sementara pimpinan Presiden Ahmed al-Sharaa, walaupun hubungan negara itu dengan Amerika Syarikat (AS) semakin rapat. Israel bagaimanapun menyifatkan pemimpin baharu Syria sebagai pelampau jihad yang berselindung dan tidak akan membenarkan sebarang penempatan tentera di selatan Syria, serta berikrar untuk melindungi komuniti…

Read More