Trump ada “berita baik” untuk Gaza

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata terdapat “berita baik” mengenai Gaza dan beberapa perkara lain yang sedang  diusahakan pada peringkat tertinggi.

Beliau mengumumkan demikian ketika beliau bersiap untuk bertemu Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, pada satu jamuan makan malam di Rumah Putih.

Bagaimanapun, Trump tidak memberikan butiran lanjut mengenai kenyataan itu.

Majlis makan malam itu diadakan di tengah-tengah rundingan gencatan senjata yang masih berlangsung bagi menghentikan serangan di Semenanjung Gaza yang kini terkepung.

Rundingan yang bermula 6 Julai itu bertujuan untuk mencapai perjanjian yang merangkumi gencatan senjata dan pertukaran tawanan antara kedua-dua pihak.

Sejak 7 Oktober 2023, Israel telah melancarkan kempen ketenteraan yang dahsyat di Gaza, mengorbankan hampir 58,500 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Lebih 10,000 orang masih hilang dan ratusan ribu telah kehilangan tempat tinggal dalam keadaan kebuluran yang meluas.

Israel menganggarkan kira-kira 50 tebusan masih ditahan di Gaza, dengan 20 daripadanya dipercayai masih hidup.

Manakala, lebih 10,800 rakyat Palestin kini ditahan di penjara-penjara Israel dan ramai daripada mereka dilaporkan mengalami penyeksaan, kelaparan dan pengabaian rawatan, menurut organisasi hak asasi manusia dari kedua-dua pihak.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment