Jun 2025 catat 40,510 pemilih baharu

PUTRAJAYA 17 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan 40,510 pemilih baharu iaitu warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 31 Jun 2025 yang didaftarkan secara automatik.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 35,583 pemilih baharu pada Mei; 32,566 April; 39,241 Mac; 34,889 Februari dan Januari 37,683 orang.

Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2025 (DPT BLN 6/2025) telah diperaku pada 17 Julai 2025 dan diwartakan pada 18 Julai 2025 dan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 18 Julai hingga 16 Ogos 2025.

Menurut SPR, DPT BLN 6/2025 juga juga mengandungi 9,836 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,791 orang pemilih bertukar status/ kategori pengundi.

DPT BLN6/2025 boleh disemak melalui Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my; Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.

Related posts

Leave a Comment