SEPANG 9 Julai – Seramai 36 orang jemaah haji yang mengikuti pakej Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia Travel) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 2.00 petang semalam. Mereka ini yang merupakan kumpulan ketiga jemaah pakej Andalusia tiba dengan penerbangan KT86B bersama jemaah haji lain yang mengikuti pelbagai pakej pilihan masing-masing. Ketibaan jemaah haji Andalusia Travel itu disambut petugas Andalusia Kumpulan seterusnya dijangka tiba hari ini (10 Julai) kira-kira pukul 7 malam (KT100) manakala kumpulan berikutnya, yang terakhir pada pukul 9 malam (KT96) yang melibatkan…
Read MoreDay: July 9, 2025
Hakim: PN tidak yakin PM benarkan penubuhan RCI
SEPANG 9 Julai – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengingatkan, kebebasan kehakiman tidak akan terjamin selagi Perdana Menteri berdepan isu undang-undang secara peribadi. Katanya, Anwar Ibrahim sendiri sedang berhadapan dengan kes saman sivil di mahkamah berkaitan salah laku peribadi beliau di mana kepentingan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim-hakim adalah jelas. Dengan kata lain, Perdana Menteri yang mempunyai kuasa menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan hakim-hakim termasuk Ketua Hakim Negara mempunyai konflik kepentingan yang jelas dalam menjalankan kuasa di bawah perlembagaan. “Perdana Menteri juga sedang memohon imuniti untuk mendapatkan kekebalan…
Read MoreTidak minat jawatan Presiden Pas
BESUT 9 Julai – Naib Presiden Pas Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menolak kemungkinan bertanding jawatan Presiden parti yang kini disandang Abdul Hadi Awang pada pemilihan September depan. Menteri Besar Terengganu itu berkata, jawatan yang disandang sekarang pun sudah berat sedangkan tanggungjawab sebagai Presiden Pas amat berat untuk dipikul. “Tak timbul saya nak jawatan lain. Tidak, saya tak berhasrat merebut jawatan Presiden Pas,” katanya kepada pemberita ketika melawat Projek Stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Alor Keladi di sini, hari ini. Mengenai kesediaan Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, menerima…
Read MoreBerita pilihan…
AS ingatkan negara anggota BRICS
WASHINGTON – Semua negara anggota BRICS akan dikenakan tarif 10 peratus dalam masa terdekat, demikian pengumuman pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Dalam satu mesyuarat Kabinet di White House, Trump berkata, mana-mana negara jika dalam BRICS akan dikenakan caj 10 peratus itu. Gabungan BRICS yang pada asalnya dianggotai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, kini turut disertai negara baharu seperti Iran dan Indonesia selepas diperluas pada tahun lalu. Dalam sidang kemuncak terkini, para pemimpin BRICS menyuarakan kritikan tidak langsung terhadap dasar ketenteraan dan perdagangan Amerika Syarikat. Trump, menuduh…
Read MoreAcropolis ditutup waktu tengah hari
ATHENS – Tapak warisan dunia, Acropolis ditutup pada waktu tengah hari bagi melindungi pelancong dan kakitangan daripada terik matahari.susulan gelombang haba ketiga tahun ini yang mendorong suhu mencecah 42 darjah Celsius di Greece. Suhu tinggi dilaporkan di Semenanjung Chalkidiki, Euboea, Greece tengah, wilayah Attica sekitar Athens, dan barat Crete. Menurut Kementerian Kebudayaan, penutupan berkuat kuasa dari 1 tengah hari hingga 5 petang. Pada masa yang sama, Kementerian Buruh turut mengambil tindakan susulan suhu tinggi dengan melarang kerja fizikal luar di kawasan terjejas teruk antara 12 tengah hari hingga 5 petang.…
Read More