Acropolis ditutup waktu tengah hari

ATHENS – Tapak warisan dunia, Acropolis ditutup pada waktu tengah hari bagi melindungi pelancong dan kakitangan daripada terik matahari.susulan gelombang haba ketiga tahun ini yang mendorong suhu mencecah 42 darjah Celsius di Greece.

Suhu tinggi dilaporkan di Semenanjung Chalkidiki, Euboea, Greece tengah, wilayah Attica sekitar Athens, dan barat Crete.

Menurut Kementerian Kebudayaan, penutupan berkuat kuasa dari 1 tengah hari hingga 5 petang.

Pada masa yang sama, Kementerian Buruh turut mengambil tindakan susulan suhu tinggi dengan melarang kerja fizikal luar di kawasan terjejas teruk antara 12 tengah hari hingga 5 petang.

Larangan ini meliputi kerja pembinaan dan pertanian.

Perkhidmatan penghantaran makanan dan kopi menggunakan motosikal juga perlu diberhentikan sementara, kecuali penghantar menggunakan kenderaan berhawa dingin.

Pakar memberi amaran risiko kebakaran hutan yang sangat tinggi, terutama dengan angin kencang tempatan yang boleh mencetuskan api dalam beberapa minit.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment