AS ingatkan negara anggota BRICS

WASHINGTON – Semua negara anggota BRICS akan dikenakan tarif 10 peratus dalam masa terdekat, demikian pengumuman pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Dalam satu mesyuarat Kabinet di White House, Trump berkata, mana-mana negara jika dalam BRICS akan dikenakan caj 10 peratus itu.

Gabungan BRICS yang pada asalnya dianggotai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, kini turut disertai negara baharu seperti Iran dan Indonesia selepas diperluas pada tahun lalu.

Dalam sidang kemuncak terkini, para pemimpin BRICS menyuarakan kritikan tidak langsung terhadap dasar ketenteraan dan perdagangan Amerika Syarikat.

Trump, menuduh BRICS ditubuhkan untuk “melemahkan kedudukan dolar AS sebagai mata wang rizab dunia, menyingkirkan dolar daripada peranan standard dunia.

“Kalau itu permainan mereka, saya juga boleh main permainan itu,” katanya yang

turut menyifatkan sebarang kehilangan status mata wang rizab dunia bagi dolar AS sebagai satu bencana geopolitik besar.

Trump turut mendakwa tanpa bukti bahawa kenyataan bersama pemimpin BRICS yang dikeluarkan Ahad lalu sebagai bukti mereka sedang menyasarkan kepentingan AS.

Dalam pada itu, Brazil pada Februari lalu telah menarik balik cadangan untuk membentuk mata wang bersama BRICS, sekali gus meredakan sedikit kebimbangan di Washington.

Sementara itu, kenyataan berkaitan tarif itu mencetuskan reaksi segera daripada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, yang menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak BRICS tahun ini di Rio de Janeiro.

“Kami tidak terima sebarang aduan atau tekanan berhubung sidang BRICS. Kami tidak bersetuju dengan Presiden AS yang mengisyaratkan akan mengenakan tarif ke atas negara-negara BRICS,” tegas Lula pada sidang media.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment