Viviantie CEO baharu INSKEN

SEPANG 2 Julai – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN), mengumumkan pelantikan Viviantie Sarjuni sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuat kuasa semalam, 1 Julai 2025.

Dalam satu kenyataan, INSKEN memaklumkan Viviantie berpengalaman lebih 20 tahun dalam syarikat multinasional (MNC) dan agensi kerajaan serta mempunyai kepakaran dalam bidang tekologi, inovasi dan kreativiti.

Berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan sosial, beliau pernah menghabiskan setahun enam bulan di Scotland untuk mendalami ekosistem inovasi sosial di Eropah.

Beliau juga berkhidmat selama empat tahun dengan sebuah syarikat berpangkalan di Albuquerque, New Mexico, AmerikaSyarikat, yang memperkukuhkan pemahamannya tentang pelbagai ekosistem global.

Sebelum menyertai INSKEN, Viviantie pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC).

Beliau kini masih memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi di bawah Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan juga sebagai Presiden Alumni Chevening Malaysia (2024-2026).

ViviantiejugatelahdinobatkandenganpelbagaianugerahsepertiKindness &Leadership50LeadingLights In The Asia Pacific 2024, Wiki Impact – 100 Changemakers In Malaysia 2024, Sabah’s 100MostInspiringWomendan banyak lagi.

Sementara itu INSKEN mengalu-ngalukan pelantikan itu dan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atas pelantikan itu.

Related posts

Leave a Comment