KUALA LUMPUR 2 Julai – Muhyiddin Yassin, mempersoalkan sama ada Malaysia tidak mengorbankan seinci pun wilayahnya dalam Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) antara Malaysia dan Indonesia di Blok Ambalat, kawasan perairan yang masih dalam pertikaian sempadan maritim membabitkan kedua-dua negara. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata persetujuan JDA membabitkan kawasan perairan yang kaya dengan sumber minyak dan gas itu dilaksanakan pada 27 Jun lalu, namun sehingga kini tiada penjelasan terperinci mengenai perjanjian tersebut dibuat oleh kerajaan. “Benarkah Malaysia tidak mengorbankan seinci pun wilayahnya dalam Perjanjian Pembangunan Bersama ini? Apakah terma-terma perjanjian…
Read MoreDay: July 2, 2025
Gagal lantik Ketua Hakim jejas keyakinan
KUALA LUMPUR 2 Julai – Kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara susulan persaraan wajib Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat semalam menunjukkan ketiadaan pelan peralihan kepimpinan yang jelas dan tepat pada masanya. Majlis Peguam dalam kenyataan yang menyuarakan kebimbangan dengan kekosongan itu berkata, situasi itu mencerminkan kegagalan institusi dan boleh menjejaskan keyakinan awam terhadap badan kehakiman. Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab, berkata pihaknya sudah menyatakan kebimbangan terhadap kelewatan dan sikap berdiam diri dalam hal-hal yang membabitkan kepimpinan kehakiman dan keyakinan awam. “Malangnya, kebimbangan itu kini menjadi kenyataan. Kita kini…
Read MoreViviantie CEO baharu INSKEN
SEPANG 2 Julai – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN), mengumumkan pelantikan Viviantie Sarjuni sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuat kuasa semalam, 1 Julai 2025. Dalam satu kenyataan, INSKEN memaklumkan Viviantie berpengalaman lebih 20 tahun dalam syarikat multinasional (MNC) dan agensi kerajaan serta mempunyai kepakaran dalam bidang tekologi, inovasi dan kreativiti. Berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan sosial, beliau pernah menghabiskan setahun enam bulan di Scotland untuk mendalami ekosistem inovasi sosial di Eropah. Beliau juga berkhidmat selama empat tahun dengan sebuah syarikat berpangkalan di Albuquerque, New Mexico, AmerikaSyarikat, yang memperkukuhkan pemahamannya…
Read MorePutra rumuskan tarif baharu membebankan
SEPANG 2 Julai – Bengkel Biro Ekonomi Putra mengenai kritikan terhadap tarif elektrik baharu dalam rumusannya mendakwa pelaksanaan struktur tarif eletrik baharu yang diumumkan Suruhanjaya Tenaga (ST), baru-baru ini membebankan rakyat. Presiden Putra, Dr Ibrahim Ali berkata, melalui beberapa perbincangan bengkel, rumusannya indah khabar dari rupa, di mana kos hidup rakyat terus meningkat manakala pemimpin terus dengan retorik kosong. “Awan mendung sudah tiba di langit Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan beehubung rumusan bengkel itu. Terdahulu ST menjelaskan majoriti pengguna domestik atau isi rumah tidak akan terkesan dengan pelaksanaan tarif baharu…
Read MoreBerita pilihan…
Iran minat beli jet pejuang buatan China
TEHRAN – Iran sedang mempertimbangkan untuk membeli jet pejuang moden buatan China, versi eksport Chengdu J-10, demikian menurut lapiran media. Laporan itu turut mengaitkan lawatan Menteri Pertahanan Iran ke Qingdao, sebuah bandar pesisir di China beberapa hari lalu sebagai sebahagian daripada rundingan berkaitan pembelian itu. Beliau berada di China bagi menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO). Kelemahan utama ketenteraan Iran ketika ini ialah kekuatan angkatan udaranya yang uzur, akibat sekatan antarabangsa yang ketat. Banyak pesawat tenteranya, termasuk model F-14 masih digunakan sejak era pra-Revolusi Iran 1979 ketika Tehran mempunyai hubungan…
Read MoreIsrael perluas operasi di Gaza
GAZA – Tentera Israel mengumumkan akan memperluaskan operasi ketenteraan di Gaza, dengan penduduk melaporkan berlaku peningkatan tembakan dan pengeboman menjelang lawatan Benjamin Netanyahu, ke Washington. Operasi yang semakin dipertingkatkan itu berlaku selepas desakan yang semakin memuncak untuk gencatan senjata, termasuk daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Trump bakal bertemu Perdana Menteri Israel, Netanyahu minggu depan untuk menggesa Israel mencapai perjanjian baharu bagi menghentikan perang dan membawa pulang tebusan yang masih ditahan Hamas di Gaza. Bagaimanapun, kempen Israel untuk terus menghancurkan pejuang Hamas diteruskan tanpa henti, dengan agensi pertahanan awam…
Read More