PKR umum 14 Pengerusi MPN
KUALA LUMPUR 31 Julai – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan pelantikan pimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) – Pengerusi dan Timbalan Pengerusi melibatkan 14 negeri susulan mesyuarat biro politik parti yang diadakan hari ini.
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataan memberitahu, pelantikan itu diputuskan pada mesyuarat biro politik parti hari ini.
Menurut senarai yang dikeluarkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa merupakan satu-satunya pemimpin wanita yang dilantik mengetuai MPN iaitu di Johor.
Manakala Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dilantik mengetuai MPN Kedah
Dua Naib Presiden PKR iaitu Menteri Besar Selangor 
Amirudin Shairi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mengetuai MPN di negeri masing-masing.
