KUALA LUMPUR 25 Jun – Kerajaan mengekalkan Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter manakala RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.14 kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 26 Jun hingga 2 Julai 2025. Menurut Kementerian Kewangan (MoF) harga RON95 kekal walaupun harga pasaran minyak dunia meningkat. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung naik sebanyak tujuh sen seliter daripada RM2.81 kepada RM2.88 seliter bagi tempoh sama. Menurut satu kenyataan, seiring engan peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol…
Read MoreDay: June 25, 2025
KDEB Waste Management rekod saman tertinggi
PUTRAJAYA 25 Jun – KDEB Waste Management Sdn Bhd merekodkan saman tertinggi iaitu 22,017 bagi pengendali kenderaan barangan manakala Cepat Ekspres Sdn Bhd sebanyak 540 saman bagi syarikat pengendali bas ekspres. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika mendedahkan demikian berkata terdapat 11 syarikat pengendali kenderaan barangan dan 17 syarikat bas ekspres mencatatkan saman tertunggak tertinggi atas pelbagai kesalahan lalu lintas. Selain KDEB Waste Management Sdn Bhd turut tersenarai Mainiza Mantap Sdn Bhd (5,108), Advancecon Mantap Sdn Bhd (3,620), Cepat Ekspres Sdn Bhd (540) dan New Hoover Ekspress & Travels Sdn Bhd…
Read MoreDua ADUN Sabah didakwa 30 Jun
PUTRAJAYA 25 Jun – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengesahkan hanya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Albert Tei’ akan dituduh dalam kes rasuah di Kota Kinabalu, pada 30 Jun ini. Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, pada sidang media di sini, hari ini beliau berkata, mereka akan dituduh bersama di bawah Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM “Mereka akan dituduh bersama di bawah Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM. Individu lain atau tangkapan baharu saya tidak…
Read MoreKeputusan tidak dipengaruhi pendapat luar
PUTRAJAYA 25 Jun – Penghakiman yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan tidak dipengaruhi dengan pendapat dari luar mahkamah. Ahmad Zaidi Ibrahim yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan berkata, perkara berkenaan dibangkitkan pendakwaan pada prosiding hujahan rayuan kes itu sebelum ini dan menyifatkannya kenyataan agak nakal dan tidak perlu. “Mahkamah tidak pernah melangkaui skop perbicaraan ini. Keputusan ini semata-mata berdasarkan rekod rayuan. Kami tidak pernah mengambil kira sebarang pendapat dari luar mahkamah kerana ia…
Read MoreSyed Saddiq dilepas, dibebas
PUTRAJAYA 25 Jun – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dilepas dan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Ahmad Zaidi Ibrahim, Azman Abdullah dan Noorin Badaruddin sebulat suara membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan. Noorin, Hakim Mahkamah Rayuan ketika membacakan penghakiman selama lebih sejam itu, menyatakan mahkamah itu mendapati pendakwaan gagal…
Read MoreBerita pilihan…
Barat gagal paksa Iran tunduk
NEW YORK – Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani menyifatkan gencatan senjata dengan Israel membuka peluang baharu untuk diplomasi, sambil menegaskan Barat gagal memaksa Tehran tunduk. “Kita kini lebih hampir kepada usaha diplomasi berbanding sebelum ini,” katanya pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai usaha mencegah penularan senjata nuklear (non-proliferation) susulan 12 hari pertempuran Israel dan Iran. Beliau berkata, ketegangan yang memuncak baru-baru ini membuktikan kegagalan pendekatan paksaan oleh negara Barat yang bertujuan memaksa Iran menghentikan program nuklear aman negara itu. “Perang besar dan berpanjangan yang…
Read MoreIran umum tamat ‘perang 12 hari’
TEHRAN – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, dalam perutusan kepada seluruh negara semalam mengumumkan penamatan ‘perang 12 hari’ yang dicetuskan oleh Israel. Dalam perutusan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi IRNA, Pezeshkian berkata: “Hari ini (semalam), selepas penentangan hebat ditunjukkan rakyat kita, dan keazaman tinggi membina sejarah, kita menyaksikan gencatan senjata dan penamatan perang 12 hari yang dicetuskan oleh provokasi Israel.” Beliau juga menegaskan bahawa kemenangan negaranya dalam menghadapi ancaman serantau adalah hasil daripada keteguhan rakyat, sambil menyatakan komitmen berterusan terhadap keamanan walaupun berdepan tindakan agresif Zionis dan pelanggaran janji oleh…
Read More