RON95 kekal RON97 naik 7 sen

KUALA LUMPUR 25 Jun – Kerajaan mengekalkan Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter manakala RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.14 kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 26 Jun hingga 2 Julai 2025.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF) harga RON95 kekal walaupun harga pasaran minyak dunia meningkat.

Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung naik sebanyak tujuh sen seliter daripada RM2.81 kepada RM2.88 seliter bagi tempoh sama.

Menurut satu kenyataan, seiring engan peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.21 seliter, manakala harga runcit diesel di Semenanjung pada RM2.88 seliter.

Harga runcit diesel di Semenanjung masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter,” menurut kenyataan itu.

MoF memaklumkan, penetapan harga itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran serta menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak selain menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Related posts

Leave a Comment