Dua ADUN Sabah didakwa 30 Jun

PUTRAJAYA  25 Jun – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki mengesahkan hanya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Albert Tei’ akan dituduh dalam kes rasuah di Kota Kinabalu, pada 30 Jun ini.

Bercakap pada sidang media di sini, hari ini,  pada sidang media di sini, hari ini beliau berkata, mereka akan dituduh bersama di bawah Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM

“Mereka akan dituduh bersama di bawah Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM. Individu lain atau tangkapan baharu saya tidak boleh jawab. Setakat ini Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bersetuju untuk menuduh ketiga-tiga mereka dan ia bergantung kepada keputusan beliau,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, seorang lagi ADUN Sabah ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM150,000 membabitkan pengeluaran lesen cari gali di negeri itu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Suspek juga dilepaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin selepas selesai dirakam keterangan dan dijangka dituduh dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan SPRM mengesahkan individu yang akan didakwa bersama dua ADUN Sabah berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu tidak dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Related posts

Leave a Comment