SINGAPURA 29 Jun – Presiden Halimah Yacob dan suami, Mohamed Abdullah Alhabshee menunaikan solat Aidiladha tahun ini bersama penduduk di kawasan barat Singapura, iaitu Masjid Al-Mukminin di Jurong East.
Beliau menyertai hampir 4,500 jemaah lain bagi menyempurnakan solat Aidiladha, solat Hari Raya terakhir Halimah sebagai presiden Singapura berikutan beliau untuk tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.
Halimah menghadiri sesi kedua solat yang bermula pada pukul 8.45 pagi.
Beliau disambut Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Khairul Anwar, Superintenden Daerah Masjid (Barat), Dr Suhaimi Mustar dan Naib Pengerusi Masjid Al-Mukminin, Mohd Imran Omar.
Khutbah Aidiladha dalam sesi itu disampaikan oleh Md Syamir Jamalludin.
Halimah pada tahun-tahun sebelum ini menunaikan solat Hari Raya Haji di beberapa kawasan di Singapura termasuk di Masjid Al-Mawaddah, Masjid Jamae Chulia dan Masjid Yusof Ishak.
Selesai sesi solat Aidiladha, Halimah sempat beramah mesra dengan para jemaah Muslimah dan melawat ruang pantri masyarakat di Masjid Al-Mukimin.
(FOTO FB Presiden Halimah)
