Mohd Khalid Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR 20 Jun  – Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Razarudin Husain berkuat kuasa hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas jawatan itu berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, disaksikan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan turut dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohd Khalid, 60, pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018, sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 September 2021.

Simbolik majlis itu turut dilaksanakan dengan penyerahan tongkat kuasa daripada Razarudin kepada Mohd Khalid.

Untuk rekod, Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa 23 Jun 2023, bagi menggantikan  Acryl Sani Abdullah Sani.

Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, setakat ini masih kekal dengan jawatannya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment