KUALA LUMPUR 20 Jun – Bukan merajuk, sebaliknya ‘isyarat halus’ melalui pemilihan mendorong Rafizi Ramli mengekalkan pendiriannya untuk meletak jawatan dalam Kabinet sebaik berakhir pemilihan PKR pada akhir bulan lalu. Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, jika beliau memilih kekal sebagai Menteri Ekonomi, akhirnya beliau akan menjadi ‘lame duck minister’ selepas kehilangan mandat (kalah pemilihan) parti. Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri hilang keyakinan kepada beliau sebagai orang nombor dua parti dan Menteri Ekonomi apabila merestui pertandingan pada pemilihan lalu. “Apabila Nurul Izzah (Anwar) bertanding, ia…
Read MoreDay: June 20, 2025
Mohd Khalid Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR 20 Jun – Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Razarudin Husain berkuat kuasa hari ini. Majlis Serah Terima Tugas jawatan itu berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, disaksikan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan turut dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mohd Khalid, 60, pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018, sebelum dilantik…
Read MoreDNAA Najib: Tidak boleh rayu, dakwa semula jika mahu
KUALA LUMPUR 20 Jun – Tidak boleh merayu, sebaliknya pihak pendakwaan boleh mendakwa semula Najib Razak jika tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri itu daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC). Peguam Muhammad Shafee Abdullah berkata, Hakim K Muniandy memutuskan demikian selepas bersetuju dengan hujahan beliau yang berpendapat kes itu sudah tertangguh terlalu lama. “Jelas dalam kes ini pihak pendakwaan tidak bersedia (dengan perbicaraan) dan hakim bersetuju serta memutuskan untuk membenarkan permohonan DNAA kami,”…
Read MoreKetua Polis Selangor ke Bukit Aman
KUALA LUMPUR 20 Jun – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman dalam satu rombakan melibatkan lapan pegawai kanan yang akan berkuat kuasa 21 Julai depan. Setiausaha Polis Malaysia, SAC Datuk Kamaruzaman Abdullah, dalam satu kenyataan memaklumkan, pertukaran itu melibatkan beberapa jawatan penting termasuk Ketua Polis Kontinjen dan Pengarah Jabatan di Bukit Aman. Katanya, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa bertukar ke jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, manakala Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad sebagai…
Read MorePendapatan rakyat rendah, tidak wajar laksana GST
PUTRAJAYA 20 Jun – Kerajaan tidak melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ketika ini kerana nilai ambang pendapatan rakyat masih rendah dan belum mencapai tahap yang wajar untuk pelaksanaannya, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri, berkata walaupun GST adalah sistem percukaian paling efisien dan telus, kerajaan ketika ini memilih tidak melaksanakannya bagi mengelak beban berlebihan kepada golongan berpendapatan rendah. Beliau masih ingat ketika menjadi Menteri Kewangan suatu masa dulu, beliau nyatakan di Parlimen bahawa GST adalah sistem percukaian yang efisien dan telus, namun terpaksa tangguhkan kerana pendapatan rakyat ketika itu…
Read MoreBerita pilihan…
Hezbollah sokong Iran, kecam Trump
BEIRUT – Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem mengeluarkan kenyataan menzahirkan sokongan penuh terhadap Iran susulan serangan Israel dan ancaman daripada Amerika Syarikat (AS). Qassem mengecam cadangan Presiden AS, Donald Trump yang didakwa mempertimbangkan untuk membunuh Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, sebagai satu bentuk “pencerobohan” terhadap rakyat di rantau berkenaan. Meskipun mempunyai hubungan erat dengan Tehran, Hezbollah setakat ini kekal tidak campur tangan secara langsung dalam konflik yang tercetus selepas Israel melancarkan serangan terhadap Iran. Kumpulan pejuang itu masih belum mengaktifkan medan perang di sempadan Lubnan, dipercayai akibat kelemahan berikutan…
Read MoreSerang Iran: Trump beri tempoh dua minggu
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi tempoh tambahan selama dua minggu untuk usaha diplomatik sebelum memutuskan sama ada akan melancarkan serangan ketenteraan terhadap Iran. Jurucakap White House, Karoline Leavitt berkata, langkah itu diambil berikutan kemungkinan wujud ruang rundingan dengan Tehran berhubung ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat. “Presiden sedar terdapat peluang yang signifikan untuk rundingan bersama Iran dalam masa terdekat. Oleh itu, beliau akan menangguhkan sebarang keputusan mengenai tindakan ketenteraan dalam tempoh dua minggu akan datang,” katanya pada satu sidang media. Trump sebelum ini memaklumkan, pihak…
Read More