PORT DICKSON 15 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin MCA akan kekal dalam gabungan itu parti dan parti komponen BN akan terus diberikan tempat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ini kerana MCA dan MIC adalah pemangkin kepada kewujudan BN dan UMNO perlu menjaga rakan dalam parti komponen itu dengan baik, membantu jika mereka menghadapi masalah. “Tak ada (MCA akan keluar BN), (jika berlaku) saya akan diberitahu sendiri oleh Presiden MCA (Wee Ka Siong). “Mungkin ada gerakan…
Read MoreDay: June 15, 2025
Sambut baik pertembungan BN-GRS
SEPANG 15 Jun – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan kesediaan mereka untuk bertembung dengan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17. Pengerusi UMNO dan BN Sabah, Bung Moktar Radin, berkata kenyataan Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali itu adalah manifestasi daripada dinamika biasa dalam sistem demokrasi berbilang parti. “Kepada GRS jika benar bersedia untuk bersaing secara demokratik, kami menyambutnya dengan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, dalam demokrasi, pertembungan bukan sesuatu yang menakutkan, malah ia medan…
Read MoreBiar parti tempatan terajui kerajaan Sabah
KOTA BELUD 15 Jun – Parti tempatan mesti mendominasi politik Sabah dan diberikan keutamaan menerajui pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor. Justeru Ketua Menteri itu berkata, pentadbiran kerajaan negeri yang kini diterajui GRS dan dibentuk parti tempatan, perlu diteruskan. “Kita mahu mengekalkan kerajaan (Sabah) ini. Sebab itulah saya percaya pilihan raya (negeri) kali ini sangat penting. Kita tidak boleh memilih jalan yang salah. Parti tempatan mesti mendominasi politik Sabah dan diberikan keutamaan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Agung Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu…
Read MoreBelum sedia laksanakan semula GST
LUMUT 15 Jun – Anwar Ibrahim berkata, kerajaan belum bersedia untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang akan memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan miskin. Perdana Menteri berkata, GST sebaliknya adalah cukai menyeluruh yang akan dikenakan secara sama rata kepada semua pengguna tanpa mengira pendapatan termasuk nelayan, pekebun kecil atau tukang cuci jalan. “GST ini anda kenakan cukai pada semua orang… walaupun ia efisien, lebih mudah tak payah pening-pening kepala, senang saja enam peratus semua bayar. Tapi saya nak tanya, kalau enam peratus itu semua kena…
Read MoreJangan malu laksana semula GST
SEPANG 15 Jun – “Jangan malu jangan segan untuk menyatakan polisi pelaksanaan GST dulu jauh lebih baik dan tidak membebankan rakyat,” kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh. Beliau berkata, pelaksanaan GST pada kadar enam peratus sebelum ini tidak membebankan rakyat berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diamalkan sekarang. “Sekarang rakyat perlu bayar SST (lima atau 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan) ditambah dengan pengurangan jenis barangan bercukai daripada 8,084 kepada 1,813 barang. Cadangan kami kepada kerajaan,laksanakanlah semula GST yang jauh lebih baik dan berkesan,”…
Read MoreBerita pilihan…
41 lagi terbunuh diserang Israel
GAZA – Agensi Pertahanan Awam Gaza melaporkan seramai 41 orang terbunuh dalam operasi ketenteraan oleh tentera Israel semalam, dengan lebih separuh daripada mangsa dikatakan sedang menunggu bantuan ketika diserang. Pegawai Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mohammad al-Mughayyir, berkata seramai 41 orang syahid akibat pengeboman berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza, termasuk 23 yang sedang menunggu bantuan. Katanya, Hospital Al-Awda di Gaza Tengah menerima lapan mayat dan 125 mangsa yang cedera selepas serangan dron Israel menyasarkan orang ramai yang berkumpul berhampiran pusat agihan bantuan di koridor Netzarim. Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza…
Read MoreGelombang serangan peluru berpandu
TEHRAN – Iran melancarkan gelombang serangan peluru berpandu baharu ke atas Israel semalam, mencederakan beberapa orang di kawasan kediaman, manakala Israel mengesahkan menyerang ibu kota Tehran. Serangan balas itu berlaku selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, berikrar akan menyerang setiap sasaran di Iran, manakala Presiden Masoud Pezeshkian, memberi amaran sebarang serangan lanjut akan dibalas dengan tindak balas yang lebih dahsyat dan berkuasa. Operasi ketenteraan Israel yang bermula awal Jumaat lalu menyasarkan sistem pertahanan udara Iran serta beberapa lokasi utama program nuklear dan ketenteraan, mengorbankan puluhan nyawa termasuk komander tentera tertinggi dan…
Read More