Zahid yakin MCA kekal.komponen BN

PORT DICKSON 15 Jun  – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin MCA akan kekal dalam gabungan itu parti dan parti komponen BN akan terus diberikan tempat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ini kerana MCA dan MIC adalah pemangkin kepada kewujudan BN dan UMNO perlu menjaga rakan dalam parti komponen itu dengan baik, membantu jika mereka menghadapi masalah.

“Tak ada (MCA akan keluar BN), (jika berlaku) saya akan diberitahu sendiri oleh Presiden MCA (Wee Ka Siong).

“Mungkin ada gerakan (pihak tertentu) yang dilakukan, saya pun ada dikhabarkan begitu, tetapi keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) mereka tidak begitu, Insya-Allah mereka tetap bersama dengan kita (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Serentak UMNO Bahagian Port Dickson di Dewan Pusat Latihan FAMA di sini, petang tadi.

Ahmad Zahid diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai mesyuarat perwakilan bahagian MCA yang sedang berlangsung dijangka menentukan sama ada parti itu akan mengambil keputusan untuk berpisah dengan UMNO pada perhimpunan agung tahunan parti yang dijangka pada Oktober tahun ini.

Isu itu dikatakan timbul berikutan meningkatnya rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin akar umbi parti terbabit yang mendakwa parti itu dipinggirkan UMNO.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pada PRU ke-14 dan ke-15 lalu, MCA mengalami permasalahan kerana mereka tidak dapat mengekalkan kerusi yang sedia ada.

“UMNO mesti menjaga rakan-rakan kita jika mereka ada masalah. Ini adalah semangat BN yang harus kita perkukuhkan dan saya yakin rakan kita akan terus bersama dengan gagasan BN ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan, BN akan tetap menggunakan lambang dacing sebagai lambang dalam parti gabungan itu pada PRU-16.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment