SEPANG 15 Jun – “Jangan malu jangan segan untuk menyatakan polisi pelaksanaan GST dulu jauh lebih baik dan tidak membebankan rakyat,” kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh.
Beliau berkata, pelaksanaan GST pada kadar enam peratus sebelum ini tidak membebankan rakyat berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diamalkan sekarang.
“Sekarang rakyat perlu bayar SST (lima atau 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan) ditambah dengan pengurangan jenis barangan bercukai daripada 8,084 kepada 1,813 barang.
Cadangan kami kepada kerajaan,laksanakanlah semula GST yang jauh lebih baik dan berkesan,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Merujuk manifesto untuk menghapuskan GST, Dr Akmal berkata : Nanti guna sahaja alasan manifesto hapus GST bukan kitab suci. Yang penting rakyat tidak terbeban dan cukai dapat dikutip dengan baik,”.
Terdahulu, Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan kerajaan akan melaksanakan semakan semula kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan secara bersasar berkuat kuasa 1 Julai ini, selaras dengan pengumuman Belanjawan 2025 pada Oktober tahun lalu.
Langkah itu bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian, tanpa membebankan rakyat terbanyak.
Nnnn