Tentera buat rondaan

TENTERA akan memulakan rondaan di jalan-jalan di Itali untuk memastikan rakyat mematuhi perintah “lockdown”, selepas angka korban akibat Covid-19 di negara itu terus meningkat melebihi jumlah kematian di China.

Semalam, pasukan tentera dikerahkan di jalan-jalan di Milan, hab kewangan Itali, antara bandar paling teruk terjejas. Kawasan lain, termasuk selatan Campania, Puglia dan Sicily.

Menteri Pertahanan Itali Lorenzo Guerini berkata kira-kira 20,000 askar ditugaskan untuk menjalankan rondaan, di Milan sahaja di mana 114 unit tentera ditempatkan. 

Hospital dan klinik di Itali dilimpahi dengan ribuan pesakit menyaksikan unit rawatan rapi tidak mampu lagi mengendalikan pesakit yang terlalu ramai.

Awal minggu ini, di bandar Bergamo – ekoran jumlah kematian semakin meningkat pihak berkuasa dan gereja tidak mempunyai ruang yang cukup untuk mengebumikan mayat.

Setakat ini Itali merekodkan 47,021 kes dengan jumlah kematian 4,032 berbanding China dengan 81,088 kes manakala 3,256 kematian dicatatkan.

Sementara itu, semua taman awam dan rekreasi yang sering digunakan untuk aktiviti riadah termasuk joging akan ditutup mulai Sabtu dan orang ramai dinasihatkan bersenam di kawasan rumah masing.masing.

Related posts

Leave a Comment