PUTRAJAYA 10 Jun – Lokasi kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), antara seksyen di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang dikenal pasti bagi kerja naik taraf tahun ini dengan peruntukan RM55 juta. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata pelbagai inisiatif juga diambil sejak 2023 bagi menambah baik laluan Gerik-Jeli, khususnya di Jalan Persekutuan FT04 itu. Katanya, pada Jun 2023, sebanyak RM30 juta diluluskan untuk membina semula sebahagian laluan di JRTB, dan dua bulan kemudian, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM30 juta untuk menaik…
Read MoreDay: June 10, 2025
LPG : 10 persatuan diminta kemuka memorandum
SEPANG 10 Jun- Sepuluh persatuan berkaitan perniagaan jualan makanan dan minuman disaran mendapatkan pandangan ahli masing-masing dan mengemukakan memorandum cadangan kepada Jawatankuasa Teknikal Semakan Pindaan mengenai had penggunaan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata memorandum cadangan itu perlu diserahkan kepada jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Mohd Sayuthi Bakar “Hari ini saya bersama dalam Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan kepada Peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 (PPKB). Fokus…
Read MoreUtamakan peruntukan naik taraf JRTB
ALOR SETAR 10 Jun – Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) harus diberi keutamaan peruntukan untuk naik taraf dan penyelenggaraan memandangkan ia laluan utama kepada penduduk di Utara untuk ke Pantai Timur dan sebaliknya. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata JRTB juga digunakan banyak kenderaan berat untuk mengangkut pelbagai barangan selain digunakan orang ramai yang berulang alik menggunakan kenderaan persendirian. Bagaimanapun kata Sanusi, sejak sekian lama, keadaan jalannya tidak banyak berubah sejak ia mula dibuka sedangkan terdapat keperluan segera JRTB dinaik taraf mengikut keperluan semasa selain mengelak kejadian tidak diingini berlaku.…
Read MoreDr Mahathir menulis mengenai imuniti
𝙄𝙈𝙈𝙐𝙉𝙄𝙏𝙔 1. Dato’ Seri Anwar cuba elak dari dihadapkan ke mahkamah dengan dakwaan bahawa Perlembagaan memperuntukkan immunity (kekebalan) bagi Perdana Menteri. 2. Kenapa cuba elak dari dibicara di mahkamah? 3. Kerana Dato’ Seri Anwar tahu dirinya akan didapati bersalah. 4. Kalau tetap menang tentulah lebih baik jika mahkamah mendapati dirinya tidak bersalah. 5. Kalau diberi immunity berkenaan satu kes, tak akan kes lain tidak immune. Tentu immune punya. Jadi Perdana Menteri boleh bunuh orang pun okaylah. 6. Di Malaysia pelaksanaan undang-undang pilih bulu. Bagi satu orang yang mahkamah tinggi sudah…
Read MorePemandu ada rekod 13 saman pandu laju
KUALA LUMPUR 10 Jun – Sebanyak 18 saman pernah dikeluarkan terhadap pemandu bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak semalam. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, daripada 18 saman itu, sebanyak 13 atas kesalahan memandu laju, tiga tidak memakai tali pinggang keledar, manakala satu masing-masing iaitu tiada lampu brek ketiga dan terlibat dalam kemalangan. Semua 18 saman itu masih belum diselesaikan. Katanya, siasatan…
Read MoreIsu tambah baik JRTB ke Kabinet esok
TANJONG 10 Jun – Kementerian Pengangkutan akan membawa isu keselamatan dan langkah-langkah segera yang boleh diambil untuk menambah baik Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok. Menterinya, Anthony Loke berkata, kementerian memandang serius kemalangan ngeri membabitkan 15 kematian awal pagi semalam dan akan bekerjasama dengan beberapa kementerian lain untuk meningkatkan penambahbaikan di laluan tersebut. “Dari segi aspek keselamatan jalan raya, kita memandang serius, kita perlu bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan perkara itu akan saya bangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok pagi, untuk kita lihat apakah langkah-langkah segera yang…
Read MoreBiar siasatan berjalan
KUALA LUMPUR 10 Jun – “Biar siasatan berjalan dan selepas ini kita akan umumkan hasil siasatan, masih terlalu awal lagi untuk mengetahui punca sebenar kejadian,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay. Beliau berkata,masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan punca kemalangan membabitkan bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik awal pagi semalam. Ayob Khan berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari…
Read More3,000 solat jenazah 13 penuntut UPSI
BESUT 10 Jun – Lebih 3,000 orang melaksanakan solat jenazah 13 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Masjid Hadhari, Jertih kira-kira pukul 3.15 pagi. Solat diimamkan Exco Penerangan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi. Masjid ini adalah lokasi sama mereka berkumpul sebelum berpisah dengan keluarga pukul 9 malam kelmarin untuk menaiki bas pulang ke UPSI Tanjung Malim, sebelum terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) awal pagi semalam. Awal pagi ini, keluarga mereka sekali lagi ‘berkumpul’ berselang masa 30 jam untuk menyambut kepulangan insan…
Read MoreBerita pilihan…
10 lagi maut berhampiran GHF
GAZA – Orang awam yang cuba memasuki pusat agihan makanan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) sekali lagi menjadi mangsa apabila 10 lagi terbunuh manakala 30 yang lain cedera susulan tembakan dilepaskan tentera Israel semalam. Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Bassal, berkata ‘beberapa’ tembakan dilepaskan pasukan Israel ke arah orang ramai di bulatan Al-Alam, berhampiran pusat agihan GHF di Rafah. Enam rakyat Palestin yang dalam perjalanan ke pusat bantuan terbunuh dalam satu kes tembakan manakala empat lagi maut kira-kira lapan jam kemudian. Bassal berkata, seramai 31 orang cedera akibat tembakan tentera…
Read More