LPG : 10 persatuan diminta kemuka memorandum

SEPANG 10 Jun- Sepuluh persatuan berkaitan perniagaan jualan makanan dan minuman disaran mendapatkan pandangan ahli masing-masing dan mengemukakan memorandum cadangan kepada Jawatankuasa Teknikal Semakan Pindaan mengenai had penggunaan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata memorandum cadangan itu perlu diserahkan kepada jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Mohd Sayuthi Bakar

“Hari ini saya bersama dalam Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan kepada Peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 (PPKB).

Fokus pertemuan adalah untuk meminda peruntukan berkaitan sekatan had penggunaan LPG bersubsidi dalam perdagangan dan perniagaan, termasuk mengambil kira keperluan LPG bersubsidi bagi peniaga jualan makanan serta minuman berskala mikro dan kecil,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai syor dan pandangan telah dikemukakan dan sebagaimana kelulusan Kabinet pada 5 Jun 2025 terhadap syor KPDN, kerajaan bersetuju meminda peruntukan PPKB yang diwartakan, namun perlu ditetapkan perincian terhadap beberapa perkara agar adanya kejelasan undang-undang.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau berkata, pelbagai syor dan pandangan telah dikemukakan.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah parameter pindaan berkaitan pendefinisian peringkat perniagaan jualan makanan dan minuman terlibat.

Selain itu, perlu diteliti pertimbangan status pemilikan perniagaan, jumlah keperluan, mekanisme kawalan dan pelaporan, keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan serta strategi mengekang ketirisan secara menyeluruh,” katanya.

Related posts

Leave a Comment