Dr M ucap terima kasih kenyataan AGC

SEPANG 4 Jun – Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana memberi penjelasan berkait dengan pengampunan Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan media semalam. Dr Mahathir berkata, penjelasan itu melepaskan beliau daripada tuduhan-tuduhan tidak mengikut proses yang betul di dalam mendapatkan pengampunan untuk Anwar sepertimana beberapa tindakan sebelum ini antaranya kes Pulau Batu Putih. Menurut beliau, sejak pengampunan Anwar diumum pada Mei 2018, beberapa pengamal undang-undang, ada yang agak rapat dengannya dan yang tidak suka dengannya, telah mempertikai proses pengampunan tersebut. “Seingat saya, ada seorang peguam telah…

Read More

Tanggungjawab PM diteruskan tanpa kompromi

KUALA LUMPUR 4 Jun – Anwar Ibrahim berkata, permohonan bagi merujuk lapan persoalan undang-undang, antaranya sama ada Perdana Menteri memiliki kekebalan daripada sebarang tindakan saman itu, bukan bersifat peribadi. Menerusi entri di laman Facebooknya, beliau turut menegaskan permohonan berkenaan juga bukan untuk mengelak daripada penelitian undang-undang. Sebaliknya, ia difailkan berdasarkan kepentingan aspek integriti sistem Perlembagaan negara, selain keperluan memastikan jawatan awam tertinggi dilindungi daripada tindakan guaman yang mungkin bersifat strategik, bermotifkan politik atau mengganggu institusi. “Mahkamah Tinggi (Kuala Lumpur) petang tadi, menolak permohonan saya merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah…

Read More

Mahkamah tolak permohonan Anwar

KUALA LUMPUR 4 Jun – Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar Ibrahim bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, antaranya sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman. Hakim Roz Mawar Rozain menolak permohonan itu selepas mendapati persoalan yang dikemukakan bersifat spekulatif dan tidak perlu bagi pelupusan kes saman berkenaan serta tidak membabitkan tafsiran atau kesahan mana-mana peruntukan perlembagaan. Anwar memohon Mahkamah Persekutuan menjawab persoalan, termasuk sama ada mengikut Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, seorang perdana menteri yang sedang memegang jawatan, menikmati kekebalan terhad daripada tindakan saman…

Read More

Pasang pintu keselamatan di stesen LRT

PUTRAJAYA 4 Jun – Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) diarah mempertingkatkan langkah keselamatan termasuk memasang pintu keselamatan penumpang di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT). Arahan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) itu dibuat susulan tragedi yang menimpa seorang lelaki Taiwan yang maut digilis tren di Stesen Pusat Bandar Puchong semalam. Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata, dari segi langkah-langkah keselamatan, sememangnya pihaknya sudah meminta Prasarana untuk merancang memasang pintu keselamatan penumpang itu di semua stesen LRT. Beliau berkata, di stesen-stesen MRT baharu, memang ada pintu keselamatan, manakala di stesen LRT dan MRT sebelum…

Read More

Korban di Palestin 54,510 orang

GAZA – Setakat semalam, jumlah rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan berterusan tentera Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 54,510 orang, demikian menurut Kementerian Kesihatan. Dalam satu kenyataan, kementeriian memaklumkan 40 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu manakala 208 lagi cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera kepada 124,901 orang. Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka. Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac lalu dan sejak itu sudah mengorbankan 4,240…

Read More

China umum Visa ASEAN

BEIJING – Kementerian Luar China mengumumkan pelancaran program baharu Visa ASEAN untuk 10 negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) serta Timor-Leste selaku pemerhati ASEAN. Jurucakapnya,  Lin Jian berkata program itu menawarkan visa pelbagai kemasukan selama lima tahun kepada yang layak melawat China bagi tujuan perniagaan, termasuk pasangan dan anak-anak, dengan tempoh maksimum tinggal sehingga 180 hari. Dalam kenyataannya, bagi mereka yang mempunyai soalan lebih khusus berkenaan visa ke China, mereka dialu-alukan untuk menghubungi perwakilan diplomatik dan konsular kami di negara mereka. Beliau berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan lagi perjalanan…

Read More