Kadar kebolehjangkitan naik lagi

PUTRAJAYA 10 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam terus mencatatkan kenaikan mendadak kepada 0.75 berbanding 0.64 kelmarin.

Empat negeri mengatasi kadar kebangsaan itu dengan didahului Pulau Pinang yang merekodkan 0.84, Melaka 0.83, Kelantan 0.79 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.77.

Ini diikuti Kedah dan Johor yang masing-masing mencatatkan 0.73, Pahang 0.72, Sabah 0.69, Perak dan Sarawak masing-masing 0.68, Negeri Sembilan 0.63, Terengganu dan Selangor masing-masing 0.60.

Sementara itu Perlis merekodkan 13 kes, Wilayah Persekutuan Labuan enam kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya empat kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment