GAZA – Setakat semalam, jumlah rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan berterusan tentera Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 54,510 orang, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Dalam satu kenyataan, kementeriian memaklumkan 40 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu manakala 208 lagi cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera kepada 124,901 orang.
Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka.
Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac lalu dan sejak itu sudah mengorbankan 4,240 orang serta mencederakan hampir 12,860 yang lain, sekali gus memusnahkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari lalu.
