HAWANA : Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika

KUALA LUMPUR 3 Jun –  Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025, bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika” selari dengan penggunaan AI semakin mempengaruhi cara maklumat dikumpul, diproses dan disebarkan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzli ketika mengumumkan tema itu berkata, sambutan kali ini mengangkat persoalan penting mengenai teknologi dengan nilai-nilai asas kewartawanan boleh bergerak seiring bukan saling bertentangan. “Jadi seharusnya rakan-rakan wartawan membantu untuk masyarakat mengemudi soalan-soalan yang begitu penting mengenai adab, etika, kesesuaian kita, menggunakan aplikasi dan teknologi-teknologi baharu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Rakan…

Read More

AGC nafi pengampunan Anwar tidak sah

PUTRAJAYA 3 Jun – Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan proses pengampunan ke atas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak sah kerana tidak melalui suatu persidangan Lembaga Pengampunan. Menerusi kenyataan media hari ini, AGC memaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-51 diadakan di Istana Negara pada pukul 11 pagi, 16 Mei 2018. “Jabatan Peguam Negara mengambil maklum berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau secara terbuka menyatakan pengampunan tersebut…

Read More

Lebih 2 juta kenderaan dijangka masuk KB

KOTA BHARU 3 Jun – Lebih dua juta kenderaan dijangka memasuki Kelantan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada Sabtu ini, susulan kepulangan perantau ke kampung halaman. Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata peningkatan trafik itu dijangka lebih tinggi berbanding musim perayaan Aidilfitri lalu, terutama membabitkan anak Kelantan yang pulang untuk bersama keluarga dan melaksanakan ibadah korban. “Polis akan memberi tumpuan kawalan lalu lintas di lokasi utama termasuk jalan persekutuan, kawasan sempadan serta pusat bandar bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan sepanjang musim perayaan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media…

Read More

Kosongkan kerusi bagi PRK hanya imaginasi

SHAH ALAM 3 Jun  – Menteri Besar Amirudin Shari mengulangi penegasannya sebelum ini bahawa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) untuk memberi laluan pilihan raya kecil (PRK) bukanlah sesuatu yang mudah. Katanya, tindakan itu memerlukan penelitian yang teliti dan beliau secara peribadi mahu melengkapkan tugasnya pada penggal ini dengan sempurna dan damai. Justeru Naib Presiden PKR itu menyifatkan dakwaan kerusi DUN Sungai Tua miliknya akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah imaginasi dan cakap kosong individu tertentu. “Setakat ini cakap-cakap itu masih lagi cakap…

Read More

Metro dijangka bawa dua juta penumpang

RIYADH – Dalam tempoh tujuh hari, tren Metro Line dijangka mengadakan 4,900 perjalanan di laluan Al-Mashaaer Al-Mugaddassah yang membabitkan sehingga dua juta penumpang sepanjang musim haji tahun ini. Metro berkapasiti tinggi yang turut dikenali sebagai ‘Sacred Sites Train Line’ itu hanya beroperasi setahun sekali, khusus untuk mengangkut jemaah antara lokasi suci di Makkah seperti Mina, Arafah dan Muzdalifah. Jurucakap Kementerian Pengangkutan dan Perkhidmatan Logistik Arab Saudi, Saleh Al-Zuwaid, berkata, persiapan rapi merangkumi sektor udara, darat, laut dan logistik sedang giat dijalankan menjelang musim haji. Setakat ini, sebanyak 3,314 penerbangan dari…

Read More

PBB gesa siasat pembunuhan pusat bantuan

GAZA – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menggesa siasatan bebas terhadap kes pembunuhan dan kecederaan warga Palestin berhampiran pusat bantuan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF). Beliau amat terkejut dengan laporan mengenai warga Palestin yang terbunuh dan cedera ketika mendapatkan bantuan semalam, sesuatu yang tidak boleh diterima ketika penduduk terpaksa mempertaruhkan nyawa demi mendapatkan makanan. “Saya menggesa siasatan segera dan bebas dijalankan ke atas kes ini dan pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan,” kata Guterres dalam satu kenyataan tanpa menyalahkan mana-mana pihak atas kematian itu. Bagaimanapun Kementerian Luar Israel menggelar kenyataan…

Read More